Begedil Keledek Cheese

DapurComel Yanti
DapurComel Yanti @cook_16725638
Pasir Gudang, Johor Bahru

#fusionantarabangsa

Asal begedil adalah salah satu makanan Indonesia. Biasanya begedil bahan utamanya adalah kentang.

saya akan buat kelainan pada begedil ini dengan menggunakan keledek sebagai bahan utama dan ditambah pula dengan cheese.

Mari lihat resipi ini.
Pasti sedap!.

Begedil Keledek Cheese

#fusionantarabangsa

Asal begedil adalah salah satu makanan Indonesia. Biasanya begedil bahan utamanya adalah kentang.

saya akan buat kelainan pada begedil ini dengan menggunakan keledek sebagai bahan utama dan ditambah pula dengan cheese.

Mari lihat resipi ini.
Pasti sedap!.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 5biji keledek saiz sederhana
  2. 80 gramdaging ayam kisar
  3. segenggam bawang goreng
  4. setangkai daun sup
  5. 100 gramcheese(saya guna cheddar)
  6. 1sudu besar sesedap rasa
  7. 2biji telur
  8. secubit garam

Cara Memasak

  1. 1

    Berikut adalah bahan-bahannya

  2. 2

    Keledek dibuang kulit. dipotong kecil dan direbus sehingga empuk. kemudian diangkat dan ditumbuk. ketepikan di dalam mangkuk besar ya.

  3. 3

    Kemudian hiris daun sup, dan parut cheese.

  4. 4

    Selepas itu gorengkan daging ayam kisar dengan minyak yang sedikit. gorengkan sekejap sahaja ya.

  5. 5

    Tuangkan kesemua daun sup yang telah dihiris, bawang goreng, cheese dan daging ayam kisar yang telah digoreng kedalam keledek yang telah ditumbuk tadi

  6. 6
  7. 7

    Kemudian, masukkan 1 sudu sesedap rasa dan gaul sehingga sebati.

  8. 8

    Dengan menggunakan tangan, ambil sedikit bahan yg digaul tadi, bulatkan dan picit sedikit. (sila rujuk gambar)

  9. 9

    Dua biji telur dipecahkan dan masukkan secubit garam dan kacau.

  10. 10

    Kemudian masukkan begedil yang telah dibulatkan tadi ke dalam telur.

  11. 11

    Panaskan minyak dan goreng.

  12. 12

    Balik balikkan. dah masak toskan.

  13. 13

    Siap!!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
DapurComel Yanti
DapurComel Yanti @cook_16725638
pada
Pasir Gudang, Johor Bahru

Komen

Resipi Sepertinya