Nasi goreng cili kering

Ziana Chesaad
Ziana Chesaad @limited_edition
Nibong Tebal

#sarapan
#goldenapron
Menu org kampung. Selalunya nasi goreng dimasak jika ada lebihan nasi semalam.
Nasi goreng cili kering amat mudah dimasak dan sedap walaupun bahannya hanya cili kering dan telur.
Setiap gigitan akan terasa kepedasan cili dan ada aroma bau wangi cili kering itu sendiri. Kini nasi goreng mudah didapati di setiap kedai-kedai makan. Mungkin rasanya tidak sama jika kita yg masaknya sendiri. Mana kan tidak, cili kering dan bawang ditumbuk dgn lesung batu bukan di kisar menggunakan mesin pengisar.
Jom tgk mcmana ziana masak nasi goreng cili kering.

Nasi goreng cili kering

1 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20minit
1 hidangan
  1. 1mangkuk nasi putih
  2. 2tangkai cili kering (direbus)
  3. 1 ulasbawang merah
  4. 2 ulasbawang putih
  5. 1biji telur ayam
  6. Segenggam sayur bayam brazil
  7. 1/2 sudu tehgaram (ikut citarasa)
  8. 3sudu minyak masak

Cara Memasak

20minit
  1. 1

    Tumbuk cili kering, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut sehingga sedikit garing.

  2. 2

    Masukkan garam dan telur ayam. Kacau rata sehingga telur hancur. Kemudian masukkan sayur bayam brazil, gaul rata sehingga sayur layu.

  3. 3

    Masukkan nasi putih. Kacau rata sehingga semua bahan sebati. Jika mahu tahu bagaimana nasi sudah masak, kita akan nmpk butir nasi sedikit melompat. Tutup kan api dan boleh dihidangkan.

  4. 4

    Nasi goreng cili kering boleh juga dihidangkan dgn menu lauk yg lain seperti ikan bilis goreng atau telur goreng mata atau boleh dimakan begitu sahaja. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ziana Chesaad
Ziana Chesaad @limited_edition
pada
Nibong Tebal
Memasak itu terapi .Suka masak masakan simple tapi sedap .
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya