Nasi goreng cabai kering

Ziana Chesaad
Ziana Chesaad @limited_edition
Nibong Tebal

Kalau kisah nasi goreng cabai kering ni pernah viral pada tahun 2019 tak salah Ziana , sedangkan nasi goreng ni selalu jer kita makan ketika masih zaman kanak kanak lagi.
Boleh kita katakan nasi goreng yg tak lapuk dek zaman.
Nasi goreng cabai kering ada pelbagai versi . Ada yg suka rebus dulu cabai kering dan ditumbuk bersama bawang. Ada juga yang hanya digunting halus.
Bagi Ziana lebih sedap direbus dan ditumbuk kasar bersama bawang.

Disebabkan nampak @kamarullah hantar resepi viral ni terus rasa nk buat juga resepi ni . Sebenarnya nasi goreng ni mmg kegemaran Ziana pun.

#ResepiViral

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15minit
3 hidangan
  1. 2pinggan (penuh) nasi sejuk
  2. 1 cawanikan bilis
  3. 1 bijitelur ayam
  4. 1/2 cawanlobak merah potong dadu - optional
  5. 5 bijikacang pes dihiris halus - optional
  6. 2 bijicili padi dihiris halus - optional
  7. 1 sudu tehgaram
  8. 5 sudu besarminyak masak
  9. Bahan tumbuk dan tumis
  10. 5 tangkaicili kering - direbus terlebih dahulu
  11. 3 ulasbawang merah
  12. 2 ulasbawang putih

Cara Memasak

15minit
  1. 1

    Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Kemudian masukkan bahan tumbuk. Goreng lagi sehingga cili kering sedikit garing.

  2. 2

    Masukkan sayuran pilihan dan pecahkan telur. Kacau rata.

  3. 3

    Gaulkan garam pada nasi sejuk. Kemudian tuang kedalam kuali dan gaul rata. Goreng nasi sehingga nampak butir nasi melompat lompat dan boleh ditutupkan api.

  4. 4

    Nasi goreng cabai kering sedia untuk hidangan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ziana Chesaad
Ziana Chesaad @limited_edition
pada
Nibong Tebal
Memasak itu terapi .Suka masak masakan simple tapi sedap .
Baca lagi

Komen (4)

Khuzai
Khuzai @KhuzaiYL
Tadi xde idea nak masak ape nasi lebih.. jumpa resepi ni terus buat. Tq kongsi resepi 🥰

Resipi Sepertinya