Kek Pisang Cheese

Dunia Hanya Sementara Fy
Dunia Hanya Sementara Fy @yatiefy
Bandar Baru Salak Tinggi

Saya pencinta Cheese,Suami pencinta pisang,untuk memudahkan kerja kita gabungkan ke dua duanya.Anak2 pula bab kek memang mereka suka.Kerana sebiji kek boleh mengeratkan ikatan kasih sayang antara suami isteri dan anak anak.Kek Pisang Cheese ini sangat Moist dan glowing #goldenapron

Kek Pisang Cheese

9 orang bercadang membuatnya

Saya pencinta Cheese,Suami pencinta pisang,untuk memudahkan kerja kita gabungkan ke dua duanya.Anak2 pula bab kek memang mereka suka.Kerana sebiji kek boleh mengeratkan ikatan kasih sayang antara suami isteri dan anak anak.Kek Pisang Cheese ini sangat Moist dan glowing #goldenapron

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 17biji pisang emas(dikisar)
  2. 2biji pisang emas (hiasan)
  3. 1 cawanminyak masak
  4. 3/4 cawangula
  5. 4biji telur gred A
  6. Secubit garam
  7. 2 cawantepung gandum
  8. 1sudu kecil soda bikabonat
  9. 2sudu kecil baking powder
  10. 🌸Krim Cheese
  11. 250 gramkrim cheese
  12. 3/4 cawangula
  13. 1biji telur gred A
  14. 1sudu besar menggunung tepung gandum
  15. 1sudu besar air perahan lemon(tak ada pun tak apa)

Cara Memasak

  1. 1

    Kisar pisang,minyak,telur,gula dan garam.Kisar sehingga lumat.

  2. 2

    Ayak / tapis tepung gandum,baking powder dan soda bikabonat.

  3. 3

    Masukkan bahan kisar kedalam tepung yang sudah diayak.

  4. 4

    Kacau hingga sebati

  5. 5

    Sediakan bahan cheese.Krim cheese,telur,tepung,gula dan air perahan lemon.

  6. 6

    Mixer sehingga sebati.

  7. 7

    Oles minyak pada loyang 10 x 10 dan letakkan kertas didalam loyang tersebut.

  8. 8

    Masukkan adunan pisang berselang seli dengan adunan cheese.Buat sehingga habis.

  9. 9

    Apabila sudah meletakkan kedua dua adunan boleh lah meletakkan pisang dia atasnya untuk dijadikan hiasan.Pisang hendaklah dipotong nipis supaya tidak tenggelam dlm adunan.

  10. 10

    Bakar pada suhu 180 menggunakan api atas bawah selama 45minit.

  11. 11

    Apabila sudah masak boleh la dikeluarkan dr oven.

  12. 12

    Kemudian keluarkan dari loyang.supaya kek cepat sejuk

  13. 13

    Potong kek dan hidangkan.Cheese pada kek pisang ni sangat menggoda.

  14. 14

    Apabila sudah dihidangkan boleh la makan.Selamat mencuba.Ikhlas dari saya yatie fy.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dunia Hanya Sementara Fy
pada
Bandar Baru Salak Tinggi
Pencinta Makanan😍😍😍
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya