Wanpaku “Telur Mata”

#wanpaku #cookpadmalaysia
Wanpaku Telur ni sesuai untuk anak-anak. Menggunakan telur mata dan digabung dengan keju serta sayuran, sememangnya menu terbaik untuk dihidangkan buat anak-anak terutamanya sebagai bekal ke sekolah.
Wanpaku “Telur Mata”
#wanpaku #cookpadmalaysia
Wanpaku Telur ni sesuai untuk anak-anak. Menggunakan telur mata dan digabung dengan keju serta sayuran, sememangnya menu terbaik untuk dihidangkan buat anak-anak terutamanya sebagai bekal ke sekolah.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
- 2
Permukaan roti disapu dengan mayonis. Lapisi dengan keju cheddar.
- 3
Lapisi dengan sayuran (lobak merah, kubis ungu, lobak merah dan timun)
- 4
Letak telur mata. Tabur sedikit lada hitam dan lada sulah.
- 5
Letakkan sosej yang telah digrill. Terus lapisi dengan sayuran yang ada (ketebalan dan cara susunan mengikut citrasa masing-masing). Letak keju cheddar dan tutup semula dengan sekeping roti yang telah disapu mayonis.
- 6
Bungkus dengan kemas menggunakan "plastic wrap". Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Wanpaku “Frankfurter” Wanpaku “Frankfurter”
#wanpaku #cookpadmalaysiaWanpaku ni sesuai untuk anak-anak. Sebab menggunakan sosej @ "frankfurter"yang digrill. Ada lapisan keju cheddar. Sayur yang digunapakai berwanra-warni pun pasti dapat menarik minat anak-anak untuk menikmati sajian "Wanpaku Frankfurter" ini 🥰 Salina Jalaludin -
Wanpaku “Serunding Bilis” Wanpaku “Serunding Bilis”
#wanpaku #cookpadmalaysiaKebiasaanya saya makan serunding bilis ni dengan nasi atau dengan roti begitu sahaja. Kali ini terinspirasi dengan menjadikan ia sebahagian dari Wanpaku 😌. Gabungan serunding bilis yang sedikit pedas dan sedap dengan sayuran segar dan hirisan Keju. Ternyata hidangan “Wanpaku Serunding Bilis” sesuatu yang patut dicuba 😙 Salina Jalaludin -
Wanpaku “Tauhu Sumbat” Wanpaku “Tauhu Sumbat”
#wanpaku #cookpadmalaysiaResipi ni pun sebuah resipi wanpaku yang diMalaysiakan. Kalau wanpaku menjadi sesuatu yang viral kini. Tauhu sumbat pun pernah menjadi menu viral suatu ketika dahulu. Jadi menggabungkan kedua-dua menu viral ini merupakan suatu eksperimentasi yang berjaya 🎉. Kerna gabungan kedua-duanya menjadikan wanpaku ni "wow" sangat rasanya di dalam setiap kunyahannya. Nak lagi sedap, makan bersama-sama sambal kicap. Memang menu terbaik dan mengenyangkan 😊 Salina Jalaludin -
Wanpaku “Rendang Ayam” Wanpaku “Rendang Ayam”
#wanpaku #cookpadmalaysiaResipi wanpaku ni adalah versi Me"Malaysia"kan menu Jepun ni versi bersungguh ni 🤭. Rendang ayam dijadikan sandwish. Mula-mula terfikir takut jugak nak mencuba, tapi dah ternampak kat dapur ada stok Rendang Ayam Adabi dalam tin. Tu fikir buat jugaklah 🧐. Tak sangka sedap pulak ehh.. "Wanpaku Rendang Ayam" ni. Rasanya macam kombinasi menu tradisi bertembung moden. Patut cuba menu ni, pasti tak menyesal uollsss.. 😉 Salina Jalaludin -
Wanpaku “Tempe” Wanpaku “Tempe”
#wanpaku #cookpadmalaysiaWanpaku ini, saya gabungkan elemen Jepun & Jawa gituuu 🤭 Tempe tu goreng letak garam je. Tapi bila dilapisi dengan sayuran dan diapit dengan roti wholemeal tak sangka memberikan impak rasa yang sedap 🤤. Tak sangka tau, tempe pun boleh jadi sandwich. Tak percaya silalah cuba. Nak lagi sedap cicah dengan sambal kicap very the Malaysian tau 😬 Salina Jalaludin -
Wanpaku Sandwich mamaell: omelette and cheese Wanpaku Sandwich mamaell: omelette and cheese
#Wanpaku#goldenapron#minggu16 Kali ini untuk yang tidak makan ayam atau daging. Mamaell guna telur dan keju. Dan seperti biasa kalau namanya wanpaku wajib meriah dengan sayur sayuran. Memang seronok buat wanpaku. Lagipun wanpaku boleh dimakan pada bila bila masa dan waktu. Jom lihat resepi dibawah jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Wanpaku Sandwich mamaell: Egg & cheese Wanpaku Sandwich mamaell: Egg & cheese
#wanpaku#goldenapron#minggu17Alang alang buat wanpaku, mamaell cubalah mix n match. Memandangkan saya suka juga dengan telur rebus. Wanpaku yang ini bahan utama hanya telur rebus dan keju. Selebihnya lapisan pelbagai sayur pilihan saya. Apa lagi? Jom lihat resepi dibawah jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Wanpaku Chicken Rendang Wanpaku Chicken Rendang
#wanpaku#goldenapronLevel 17Rendang menjadi hidangan paling popular, terutama menjelang musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha ataupun ketika majlis kenduri. Masakan tradisional ini sememangnya enak dimakan bersama dengan nasi, pulut, lemang, ketupat palas, ketupat nasi dan nasi himpit, malahan roti. Sebut pasal roti, rendang ayam yang menjadi makanan pendamping ini kita jadikan inti kepada sandwich wanpaku yang popular di negara Jepun. Jangan tak cuba, anda pasti teruja dengan kesedapannya. Intai-intai resipi di bawah. Cempaka Putih -
Wanpaku Sandwich mamaell: Egg mayonaise & cheese Wanpaku Sandwich mamaell: Egg mayonaise & cheese
#goldenapron#minggu21Harini mamaell makan sandwich jelah.. senang kerja , bahan pun ada. Maklumlah, baru balik dari bercuti🤭kali ini wanpaku sandwich telur mayonis. Telur mayonis yang ini versi lenyek kesemua sekali tanpa syarat😂 sebab nak cepat. Lapar ni!😬Bagi penggemar telur boleh lah cuba yang ni. Senang sangat nak buat. Separuh makan pagi, separuh lagi makan tengahari😬. Untuk makan malam pandai pandai la cari sendiri. Moh cuba cara mamaell moh!👇👇👇 Ell Sakimin -
Wanpaku ayam cheezy Wanpaku ayam cheezy
#wanpakuTak boleh mula,rasa seronok pula susun roti dan sayur banyak2,haa..kan buat lagi wanpaku nih.kali ni tambah ayam dan telur mata pula.fuh....makan sebelah pun kemain kenyang. Lily Suryani Mohd Ali -
Wanpaku sandwich Wanpaku sandwich
#goldenapron.#wanpakuOleh kerana 'Wanpaku sandwich' sekarang tengah viral, maka saya pun terpanggil untuk mencubanya...ini adalah percubaan pertama membuatnya...pilihanku tentulah wanpaku sandwich telur rebus...kenapa telur rebus? Kerana telur rebus ini adalah makanan sihat dan mengenyangkan. Oleh kerana wanpaku sandwich saya adalah versi makanan sihat,maka saya tidak letakkan keju. Hanya sedikit mayonis dan butter sebagai penambah perisa. Membuat wanpaku sandwich in cukup mudah. Jom kita cuba sama-sama. Zareena Shahmarudin -
Wanpaku Sandwich mamaell:beef salami & egg Wanpaku Sandwich mamaell:beef salami & egg
#wanpaku#goldenapron#minggu16Viral sungguh sandwich wanpaku ini😊. Mamaell memang biasa buat sandwich untuk anak anak. Bila viral sandwich ini sampai ke Malaysia, saya cubalah. Wanpaku sando versi mamaell menggunakan sayur sayuran, beef salami, telur dan keju. Hanya seorang anak mama yang makan😬, sebab yang dua orang lagi masih tak makan sayur. Jom kita tengok cara cara mamaell buat wanpaku... jom!👇👇👇 Ell Sakimin
Lebih Banyak Resipi
Komen