Apple Crumble Pie

Narimah Othman
Narimah Othman @cook_17386646
Selangor

#goldenapron
#minggu18
#bonuspastry

Didalam peti ada lebihan pecan nut dan kebetulan ada juga apple hijau.
Dwmi menyahut cabaran bonus pastry maka, jadilah apple crumble pie.
Saya memang suka pecan dan harganya antara kacang yang termahal.
Sesuai disajikan bersama ice cream, tiada ice cream di peti, jadi makan begitu saja pun sodap. Jom tengok resepinya.

Apple Crumble Pie

11 orang bercadang membuatnya

#goldenapron
#minggu18
#bonuspastry

Didalam peti ada lebihan pecan nut dan kebetulan ada juga apple hijau.
Dwmi menyahut cabaran bonus pastry maka, jadilah apple crumble pie.
Saya memang suka pecan dan harganya antara kacang yang termahal.
Sesuai disajikan bersama ice cream, tiada ice cream di peti, jadi makan begitu saja pun sodap. Jom tengok resepinya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Untuk doh 24cm pie casing
  2. 170 gmbutter
  3. 50 gmgula icing
  4. 1/4 sudu tehgaram
  5. 1biji telur gred C
  6. 290 gmtepung all purpose
  7. 1/4 sudu tehvanilla essence
  8. Bahan apple filling
  9. 7biji apple greem smith
  10. 100 gmraisin
  11. 80 gmgula perang
  12. 1/2biji lemon jus
  13. 1 sudu tehserbuk cinnamon
  14. 1/4 sudu tehgaram
  15. 1sudu besar tepung jagung
  16. 2susu besar air
  17. Untuk struesel
  18. 70 gmgula perang
  19. 70 gmbutter
  20. 100 gmtepung all purpose
  21. 200 gmpecan nut
  22. 1/4 sudu tehgaram

Cara Memasak

  1. 1

    Putar tepung, gula, garam dan butter speed perlahan menjadi breadcrumb. Masukkan telur dan vanilla dan putar sehingga menjadi doh. Bulatkan doh, wrap dengan plastik dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

  2. 2

    Selepas 30 minit, Keluarkan doh dan roll nipis tebal 5-8mm. Yang ni saya roll atas baking paper bagi memudahan untuk letak ke dalam tray pie. Terbalikkan kertas dan masukkan doh ke dalam tray pie.

  3. 3

    Bukak kertas baking perlahan. Tekan doh ke dalam tray supaya masuk Sekat. Ratakan disekeliling. Buamgkan lebihan pie dia tepi tray dan pasti doh satu level dengan paras atas tray.

  4. 4

    Cucuk lembut permukaan doh supaya doh tidak mengelembung ketika dibakar. Letakkan baking paper dan Masukkan kacang hijau. Ini dinamakan blind baking supaya doh masak sekata dan tidak menggelembung. Bakar 170 darjah selama 15 minit.

  5. 5

    Setelah bakar, sejukkan dan angkat keluar kacang hijau. Boleh guna apa2 kacang pun. Setelah itu sedis kg an filling apple. Basuh dan kupas kulit apple. Potong dadu kecil. Masak bersama gula perang, serbuk cinnamon, raisin, garam dan jus lemon. Masak separuh masak supaya apple tidak terlalu lembik. Sediakan tepung jagung dan air untuk memekatkan apple filling.

  6. 6

    Masukkan tepung jagung dan masak sehingga pekat. Tutup api dan sejukkan. Setelah sejuk masukkan ke dalam kulit pie yang separuh bakar tadi.

  7. 7

    Sediakan struesel. Cairkan butter. Pecan dicincang. Masukkan pecan tepung, garam dan gula perang ke dalam mangkuk. Masukkan butter cair dan kacau sekata. Taburkan ke atas apple filling tadi.

  8. 8

    Taburkan struesel tadi ke atas apple filling. Rata kan sengan sudu atau senduk. Bakar 180 darjah selama 50-60 minit sehingga keperangan dan masak. Sejukkan suhu bilik dab barulah disimpan di dalam peti jika mahukan ianya sejuk ketika dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Narimah Othman
Narimah Othman @cook_17386646
pada
Selangor
Pastry Lecturer
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya