Cekodok Pisang

DapurComel Yanti
DapurComel Yanti @cook_16725638
Pasir Gudang, Johor Bahru

#goldenapron
#minggu21
#saturesipisatupohon

Bila ibu mertua bawakan pisang dari kampung,
dari mentah, sampai pisang dah masak sangat 😄😄.

memandangkan pisang dah masak sangat, jadi saya buat cekodok pisang. resipi ini kita peroleh dari rakan phop. ternyata cekodok pisang saya kali ini betul betul menjadi. tidak lembik. yang penting sedap 🤩🤩

jom cuba resipi saya ini.

Cekodok Pisang

5 orang bercadang membuatnya

#goldenapron
#minggu21
#saturesipisatupohon

Bila ibu mertua bawakan pisang dari kampung,
dari mentah, sampai pisang dah masak sangat 😄😄.

memandangkan pisang dah masak sangat, jadi saya buat cekodok pisang. resipi ini kita peroleh dari rakan phop. ternyata cekodok pisang saya kali ini betul betul menjadi. tidak lembik. yang penting sedap 🤩🤩

jom cuba resipi saya ini.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 600 grampisang yang sudah dilenyek
  2. 3 cawantepung beras
  3. 2sudu besar gula
  4. 1sudu kecil garam
  5. hujung sudu kecil soda bikarbonat
  6. minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Berikut adalah bahan bahannya

  2. 2

    Mula-mula pisang dibuang kulit dan dilenyek. saya lenyek menggunakan belakang cawan sahaja 😄. lenyek jangan tak lenyek.

  3. 3

    Selepas itu masukkan gula, garam dan soda bikarbonat. gaul sehingga sebati.

  4. 4

    Masukkan tepung secawan demi secawan. gaul sehingga sebati.

  5. 5

    Panaskan minyak. pastikan betul betul panas. dengan menggunakan tangan bentukkan cekodok pisang kita tu ya. hati hati jangan kena tangan pula 😅.

  6. 6

    Balik balikkan. sehingga cekodok kelihatan kecoklatan. siap 😅

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
DapurComel Yanti
DapurComel Yanti @cook_16725638
pada
Pasir Gudang, Johor Bahru

Komen

Resipi Sepertinya