Daging Masak Belengas

Cookpad Apron 2025 Week 24
Cookpad Magic 🛒 Week 24 :-
🛒 Daging
🛒 Serai
Resipi dalam draf. Inspirasi daripada adik @Mai_Belajar_Masak Masih ada lagi baki daging kurban di dalam peti sejuk beku. Kat kampung saya ni tak seperti kampung-kampung lain yang meriah dengan agihan daging kurban. Alhamdulillah, semenjak pengurusan surau diambil alih oleh orang lain dalam beberapa tahun ni baru lah kami di kawasan Lorong 3 ni dapat merasa daging kurban. Kalau sebelum ni, kami yang tinggal di Lorong 3 ni selalu sahaja terpinggir daripada segala hal bantuan dan penambahbaikan struktur kampung. Kalau nak diceritakan memang tak cukup ruang untuk menaip.
Daging goreng belengas ni saya olah guna bahan yang ada jer sebab tak terfikir pun nak masak belengas. Halia saya gantikan dengan serai, saya tambah sedikit cuka untuk beri rasa sedikit masam. Cili padi dan cili besar pula dah habis, gantikan dengan cili kering. Saya tak campur apa-apa bahan sayur seperti kacang panjang/buncis atau lobak merah. Kita yang masak dia kan?

Cara Memasak
- 1
Daging yang telah dihiris direbus bersama serbuk kunyit hingga kering air nya dan hingga daging lembut.
- 2
Masukkan sedikit minyak masak, cili kering dan serai, kacau rata seketika. Masukkan bawang merah ros dan serbuk bawang putih dan kacau lagi.
- 3
Masukkan kicap lemak manis Mashuri dan sos cili.
- 4
Masukkan juga sos tiram dan kacau rata. Masukkan sedikit air jika tak nak terlalu kering. Masukkan bawang holland, cuka, garam dan ajinomoto. Kacau rata dan adjust rasa mengikut sesuai selera.
- 5
Tutupkan api dan boleh dihidangkan. Taburkan daun bawang.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen