Oreo Cheesecake (No bake)

Mardiana Jaafar
Mardiana Jaafar @mardiana_jaafar
Melaka

#cheesecake
Tak pernah - pernah suami minta ku membuat sebiji kek. Tapi disebabkan tempohari ku bukak applikasi cookpad di hadapan beliau. Beliau cakap, kan best kalau sayang buatkan kek untuk Bie sebiji.

Apa lagi, terus ku bertanya. "Bie serius ker ni nak sayang buat kek?"
"Eh , betullah", dia menjawab.

Ahah... Ku terus google resepi paling mudah untuk di buat. Kenapa mudah? Sebab cheesecake ini tak perlu di bakar! Cuma perlu masuk ke dalam fridge sahaja.

Memang mudah sangat! Semua orang pun boleh buat kek keju ini. Jom kita cuba!

Oreo Cheesecake (No bake)

51 orang bercadang membuatnya

#cheesecake
Tak pernah - pernah suami minta ku membuat sebiji kek. Tapi disebabkan tempohari ku bukak applikasi cookpad di hadapan beliau. Beliau cakap, kan best kalau sayang buatkan kek untuk Bie sebiji.

Apa lagi, terus ku bertanya. "Bie serius ker ni nak sayang buat kek?"
"Eh , betullah", dia menjawab.

Ahah... Ku terus google resepi paling mudah untuk di buat. Kenapa mudah? Sebab cheesecake ini tak perlu di bakar! Cuma perlu masuk ke dalam fridge sahaja.

Memang mudah sangat! Semua orang pun boleh buat kek keju ini. Jom kita cuba!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 cawanoreo hancur
  2. 1/4mentega cair
  3. 500 gramcream cheese
  4. 1/4 cawangula
  5. 1sudu kecil esen vanila
  6. 1 cawanwhipping cream
  7. 1 cawanoreo dipotong kasar

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan seperti di dalam gambar dibawah.

  2. 2

    Gaul oreo hancur dengan mentega cair sehingga sebati. Ia akan kelihatan seperti pasir basah.

  3. 3

    Tekankan dan padatkan ke dalam bekas kek dengan menggunakan sudu atau spatula. Simpan di dalam peti sejuk. (Tips: Letakkan plastic wrap di sekeliling bekas kek untuk memudahkan proses mengeluarkan kek).

  4. 4

    Dalam bekas yang disejukkan, pukul whipping cream hingga pekat dan kembang.

  5. 5

    Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula dan esen vanila. (Tips: pastikan cream cheese berada didalam suhu bilik untuk mengelakkan cream cheese menjadi berketul-ketul bila dipukul)

  6. 6

    Masukkan whipped cream dan gaul hingga sebati.

  7. 7

    Masukkan oreo yang dipotong kasar dan gaul.

  8. 8

    Masukkan adunan ke dalam bekas kek berisi oreo hancur dan mentega itu tadi.

  9. 9

    Hias dengan kepingan oreo dan sejukkan selama 4 jam.

  10. 10

    Siap untuk dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mardiana Jaafar
Mardiana Jaafar @mardiana_jaafar
pada
Melaka

Komen

Resipi Sepertinya