Cookies Air Fryer ala Famous Amos

Salmy Saznira
Salmy Saznira @cook_19907787

Kakmie banyak dengar,ramai yang agak frust bila buat cookies ala Famous Amos ni.

Ada yang kata cookies jadi kembang semangkuk la, tak rangup la, hancur berderai la ..lebih-lebih lagi kalau bakar guna air fryer. Huhu ..Ini lagi satu cabaran😅

Selepas beberapa kali eksperimen Kakmie dan anak sulung Kakmie, akhirnya kami dapat satu hasil yang sangat mengujakan!

Oh yes! Berjaya.
Rasa pun hampir sebijik Famous Amos.

Cookies Air Fryer ala Famous Amos

Kakmie banyak dengar,ramai yang agak frust bila buat cookies ala Famous Amos ni.

Ada yang kata cookies jadi kembang semangkuk la, tak rangup la, hancur berderai la ..lebih-lebih lagi kalau bakar guna air fryer. Huhu ..Ini lagi satu cabaran😅

Selepas beberapa kali eksperimen Kakmie dan anak sulung Kakmie, akhirnya kami dapat satu hasil yang sangat mengujakan!

Oh yes! Berjaya.
Rasa pun hampir sebijik Famous Amos.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. BAHAN-BAHAN : A
  2. 1/2buku | 125 g mentega
  3. 1/2 cawan| 75g gula halus
  4. 1/2 cawan| 75g gula perang
  5. 1/2 cawan| 125 ml minyak jagung/masak
  6. 1telur gred B
  7. 1 sudu tehesen vanilla
  8. BAHAN-BAHAN : B
  9. 2 cawan| 200g tepung gandum
  10. 1/2 cawan| 50g tepung jagung
  11. 1/2sudu besar susu tepung
  12. 1/2 sudu tehbaking soda
  13. 1/2 sudu tehbaking powder
  14. 1/2 sudu tehgaram
  15. ayak semua bahan di atas
  16. 1 cawan| 100g chocolate chip 1/2 cawan | 50g kacang campuran (badam/walnuts/gajus) * sangai

Cara Memasak

  1. 1

    Campukan semua bahan A dan gaul sebati.
    * nak guna mixer boleh tapi jangan sampai kembang. Sekadar bercampur sebati je.
    * kalau nak gaul guna senduk kayu atau whisk pun boleh jer.

  2. 2

    Masukkan semua bahan B yang dan diayak sedikit demi sedikit. Lepas tu akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang(sudah sangai)
    * adunan akan jadi lembik sedikit, tapi tak pe. Jangan risau memang macam tu pun. Hehe. Masukkan dalam peti sejuk sekejap dalam 10-15 minit.

  3. 3

    Setkan air fryer ;
    * panaskan dahulu air fryer 2@3 minit.
    Kemudian masukkan cookies ke dalam bakul air fryer.
    ▪️suhu 165 darjah
    ▪️masa 10-12 minit (ikut saiz cookies)
    * boleh bukak bakul air fryer untuk check cookies kita.
    * jika cookies belum rangup,terbalikkan cookies dan sambung 3-5 minit lagi.
    * tujuan kita letak terbalik untuk elak bahagian atas tu terlalu garing nanti.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Salmy Saznira
Salmy Saznira @cook_19907787
pada
Semua resepi ini hasil eksperimen Kakmie.Nak lebih banyak tips dan resepi air fryer boleh ke blog Kakmie 👉 resepiairfryer.com
Baca lagi

Komen

Nur Zarith
Nur Zarith @zarithzait
Salam susu tepung bole ganti dgn lain tak?

Resipi Sepertinya