Sosej Gulung Telur

Nur Izzati Binti Mohd Kasa
Nur Izzati Binti Mohd Kasa @zaty_izzati

#cookpadmalaysia
Menu sarapan pagi hujung minggu. Jom cuba

Sosej Gulung Telur

9 orang bercadang membuatnya

#cookpadmalaysia
Menu sarapan pagi hujung minggu. Jom cuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 7 batangsosej
  2. 6biji telur ayam
  3. 1sudu kecil garam
  4. 1sudu kecil serbuk lada hitam
  5. 1pokok daun bawang
  6. 1/2biji karot
  7. 2sudu tepung gandum
  8. 7 helaiplastik aiskrim
  9. Serbuk roti secukupnya
  10. Air untuk rebus
  11. Minyak untuk menggoreng
  12. Sos cili jika mahu
  13. Mayonis jika mahu

Cara Memasak

  1. 1

    Pukul telur. Masukkan garam dan serbuk lada hitam.

  2. 2

    Masukkan karot dan daun bawang, gaul rata. Masukkan 1 sudu makan tepung gandum, gaul rata.

  3. 3

    Bersihkan sosej dan masukkan dalam plastik aiskrim malaysia. Tuangkan adunan telur tadi ke plastik yang berisi sosej dan simpulkan.

  4. 4

    Didihkan air, rebus sosej tadi sehingga masak.

  5. 5

    Setelah itu, keluarkan sosej gulung tadi dan taburkan 1 sudu makan tepung gandum, kemudian celupkan dalam telur dan akhir sekali gelekkan dalam serbuk roti.

  6. 6

    Panaskan minyak dan goreng sosej tadi sehingga masak. Siap!!!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nur Izzati Binti Mohd Kasa
pada

Komen

Resipi Sepertinya