Pancake Gebu

Hanim Effendi
Hanim Effendi @cook_21731564

Gebu2 sedap tanpa soda bikarbonat.Guna 3 bahan je.#cooksnap #cookpad #cookpadmalaysia

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2biji telur
  2. 2sudu susu pekat manis
  3. Setengah cawan tepung gandum
  4. Esen vanila

Cara Memasak

  1. 1

    Putih telur dipukul sampai bertanduk.Maknanya jika kita terbalikkan bekas dia tak jatuh lagi.

  2. 2

    Di bekas yang lain kuning telur diaduk dengan susu pekat manis dan esen vanila hingga sebati.Kemudian masukkan tepung.Aduk sampai sebati.

  3. 3

    Masukkan sedikit-sedikit putih telur tadi ke adunan kuning jangan terlebih aduk kerana nanti pancake tak akan gebu.

  4. 4

    Panaskan kuali(tak pakai non stick pun tak pe) oles sedikit butter untuk permulaan.Tuang satu senduk ke kuali.Gunakan sudip leper untuk pastikan permukaan tepi bersedia untuk dibalikkan.

  5. 5

    Tips:Pastikan telur segar untuk dapatkan putih telur yang cantik.Bekas mesti kering dan bersih sebelum pukul putih telur.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Hanim Effendi
Hanim Effendi @cook_21731564
pada

Komen (5)

Noor Atika Mahamood
Noor Atika Mahamood @atika_mahamood
Waw gebunyaaa .. mesti lembut dan sedap ni . 🤩🤩

Resipi Sepertinya