Biskut Susu Gebu

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

Mulut teringin nak kudap2..maka terjadilah biskut susu ni.. Sebenarnya saya reka je nama dia sebab saya tak tahu nama sebenar biskut ni 😆 3-4 hari lepas saya terjumpa video resepi ni di page orang Indonesia di laman FB..dia beritahu "cemilan 3 bahan" saja..tak ada pulak beritahu namanya 😅 Saya tertarik nak mencuba sebab hanya guna 3 bahan saja..iaitu telur, susu pekat & tepung jagung saja. Tapi sukatan resepinya sikit sangat..hanya dapat dlm 20 biji. Jadi saya gandakan 3 kali ganda daripada sukatan asal..dapat la 72 biji. Kalau di ikutkan biskut ni di bakar di atas dapur gas saja menggunakan magic pan..tapi memandangkan saya buat banyak, jadi saya bakar dlm oven terus. Rasanya seperti semperit susu sikit. Bezanya semperit susu menggunakan butter..biskut susu ni menggunakan telur..saya tambah sedikit esen vanila utk bagi lebih rasa & utk hilangkan hanyir telur..dan saya buat coraknya sekali sebab resepi asal tak buat corak.. Alhamdulillah, suami & anak2 suka makan..buat kudap2 ketika santai @ menonton tv..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3biji kuning telur gred B
  2. 1/2 cawansusu pekat manis
  3. 2 1/2 cawantepung jagung atau secukupnya
  4. 1 sudu tehesen vanila

Cara Memasak

  1. 1

    Kacau kuning telur bersama susu pekat. Kemudian, campur esen vanila. Yang ni saya tambah sendiri, resepi asal tak letak

  2. 2

    Campur tepung jagung sedikit demi sedikit. Kacau dgn sudu dulu. Bila ia semakin nak menjadi doh, gaul dgn tangan pulak. Ia akan menjadi doh yg tak keras sangat & sedikit melekit sebab penggunaan susu pekat & telur

  3. 3

    Bahagikan kpd 2 bahagian. Campur pewarna pink & kuning atau ikut warna yg di ingini. Bulat2kan sebesar biji guli atau ikut saiz yg di sukai

  4. 4

    Kemudian, tekan dengan garfu. Mula2 tekan melintang, then tekan menegak utk coraknya. Resepi asal dia bulatkan saja..tak buat corak macam ni

  5. 5

    Bakar di dlm oven pada suhu 150°c selama 15-20 minit atau hingga masak. Boleh jgk nak bakar di atas dapur gas menggunakan magic pan seperti resepi asal

  6. 6

    Sejukkan & boleh simpan di dlm bekas kedap udara

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Komen (6)

Cookies Monster 🍪
Cookies Monster 🍪 @kukimonster
Yg ni resipi sukatan 72 biji atau 20 😅 maaf confuse kejap .

Resipi Sepertinya