Puding Telur Karamel

Ummu Razin
Ummu Razin @cook_21006251
Kuala Lumpur

Puding Telur Karamel ini adalah manisan wajib yang akan dibeli ketika pergi di #bazarramadan . Memandangkan PKP, jadi kita buat sendiri dan paling penting, mudah didapati bahan-bahannya.

#goldenapron2020
#bazaarramadan

Puding Telur Karamel

36 orang bercadang membuatnya

Puding Telur Karamel ini adalah manisan wajib yang akan dibeli ketika pergi di #bazarramadan . Memandangkan PKP, jadi kita buat sendiri dan paling penting, mudah didapati bahan-bahannya.

#goldenapron2020
#bazaarramadan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

7inci
  1. Bahan Karamel
  2. 60 gGula
  3. 1Sudu Besar Air
  4. Puding Telur
  5. 5biji Telur (saiz B)
  6. 1 TinSusu Cair
  7. 1 kotakkecil Fresh Milk (125ml)
  8. 70 gGula
  9. 1sudu kecil Esen Vanilla

Cara Memasak

  1. 1

    Membuat karamel. Masukkan gula ke dalam loyang dan api sederhana. Kacau, biar semuanya cair menjadi warna perang. Jangan perang sangat, nanti karamel pahit.

  2. 2

    Dah perang dan cair semua gula, masukkan sesudu besar air dan kacau secepat mungkin. Bagi semuanya kembali sekata. Apabila letak air, akan bergumpal, jadi teruskan kacau sehingga semuanya cair likat semula.

  3. 3

    Sudah siap karamel, tutup api dan biarkan sehingga sejuk.

  4. 4

    Cara membuat puding pula, pecahkan telur dan letak di dalam mangkuk besar yang mudah untuk di kacau. Buang pusat telur supaya puding tidak hanyir telur. Letak esen vanilla dan gula juga. Kacau sebatikan.

  5. 5

    Selepas semua sebati, letak pula susu cair dan susu kotak. Kacau semula bagi semuanya sebati.

  6. 6

    Tapis acuan puding tadi ketika ingin letak ke dalam loyang yang ada karamel.

  7. 7

    Selepas itu, boleh letak foil di atas loyang, bagi menutupi loyang agar wap air tidak jatuh ke dalam acuan puding.

  8. 8

    Kukus sehingga masak, anggaran 30-45minit. Jika ingin bakar, buat water bath dan tidak perlu tutup dengan foil. Bakar suhu 175°C selama atas puding telah sedikit keperangan.

  9. 9

    Sudah siap kukus, biarkan sejuk di suhu bilik dahulu sebelum masuk ke dalam peti sejuk. Proses ini adalah untuk mengekalkan bentuk puding cantik. Dah sejuk suhu bilik, letak dalam petik sejuk dalam sejam. Selepas itu boleh terbalikkan ke dalam piring. Berhati-berhati.

  10. 10

    Biarkan sejuk, dan boleh dihidang ketika berbuka puasa nanti. Selamat mencuba. ☺️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ummu Razin
Ummu Razin @cook_21006251
pada
Kuala Lumpur
Minat baking dan photography.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya