Kuih ketayap gulung

#bazaarramadan #goldenapron #kuihmuih
Satu benda sebagai tukang masak kita kreatif dengan idea-idea yang guna pakai apa yang ada. Memandangkan saya tidak mempunyai ceper yang sesuai untuk membuat kuih ketayap jadi saya menggunakan kuali ajaib yang bersaiz besar dan bersegi empat. Dapatlah kuih ketayap versi gulung.
Kuih ketayap gulung
#bazaarramadan #goldenapron #kuihmuih
Satu benda sebagai tukang masak kita kreatif dengan idea-idea yang guna pakai apa yang ada. Memandangkan saya tidak mempunyai ceper yang sesuai untuk membuat kuih ketayap jadi saya menggunakan kuali ajaib yang bersaiz besar dan bersegi empat. Dapatlah kuih ketayap versi gulung.
Cara Memasak
- 1
Mulakan dengan membuat inti kelapa dengan memanaskan kuali dan masukkan gula, daun pandam, garam dan air. Biarkan mendidih dan sehingga gula hancur. Kemudian masukkan kelapa. Kacau hingga bahan sedikit kering. Sejukkan.
- 2
Semua bahan untuk kulit ketayap disatukan di dalam blender dan dikisar hingga sebati halus. Tuangkan ke dalam bekas.
- 3
Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak dan mula menuang adunan bancuhan tepung ke dalam kuali. Tutup seketika sehingga nampak semua kawasan permukaan kulit ketayap masak rata
- 4
Kulit ketayap yang sudah di siap di angkat dan boleh mulakan proses menggulung dengan meletakkan sedikit inti rata dan gulung kemas.
- 5
Potong mengikut saiz sederhana kecil setelah digulung. Sedia untuk dihidangkan untik sarapan pagi arau minum petang.
Resipi Sepertinya
-
Kuih Ketayap Inti Pandan Kuih Ketayap Inti Pandan
Biasanya saya buat kuih ketayap atau dadar gulung ni guna inti kelapa versi gula melaka, tapi kali ni saya buat versi gula putih & rasa pandan. Kuih ketayap saya wajib kulitnya berlubang2 sebab bagi saya itu adalah tanda kuih ketayap yg menjadi. Nak makan pun berselera tengok berlubang2..kalau licin je tak lalu nak makan 🤭 Kuih ketayap ni sangat lembut & gedik2..sesuai di buat untuk sarapan atau minum petang. Sesiapa yg Trypophobia yg takut pada lubang2 kecik tu maaf la ye..🙏🤭 Ramai yg tanya macam mana nak dapat kulit ketayap yg berlubang-lubang. Tipsnya, pan mestilah betul2 panas sebelum tuang adunan. Bila adunan terkena pan yg panas, automatik ia akan jadi berlubang-lubang.. Nor Al Fatihah -
Kuih Ketayap Kuih Ketayap
#cookpadworlddessert #cookpadmalaysia Setiap kali membuat kuih ini teringat kenangan manis bersama aruah mak yang sentiasa memasak kuih untuk kami sekeluarga.Adik-beradik ramai,jadi lebih menjimatkan perbelanjaan bila dibuat sendiri.Supaya kami tidak jemu,emak menyediakan kuih yang berlainan setiap hari.Salah-satu yang disukai kuih ketayap inilah,kuih pertama yang saya belajar darinya.Kuih tradisional ini juga dikenali sebagai kuih dadar gulung berinti kelapa.Kuih yang sungguh sedap dan mudah disediakan. ha.lim39 -
Ketayap/Kuih Dadar Ketayap/Kuih Dadar
Resepi Kuih Ketayap, kuih tradisional, juadah istimewa untuk berbukak puasa, macam mana boleh dapat nama Ketayap pon tak tahu. Nora Hj Talib -
Kuih ketayap #phopbylinimohd #task2 Kuih ketayap #phopbylinimohd #task2
nk diceritakan tentang kuih melayu, terlalu banyak dan semua sedap sedap belaka jika kena dgn gaya masakan dan bahan. Antara kuih melayu yg menjadi kegemaran ziana sekeluarga adalah ketayap. Arwah abah ziana pun suka sgt kuih ketayap. Kalau masak kuih ni mesti rindukan dia..Jom ikut resepi ni , mudah sgt dan bolehlah hidangkan kepada keluarga tersayang. Ziana Chesaad -
Kuih Ketayap Kuih Ketayap
Setiap kali buat kuih ketayap ni teringat saya satu cerita 5 tahun lepas..masa tu saya ingin belinya di satu gerai. Saya cakap kat makcik tu nak kuih gulung..terus terkejut dia..dia tanya balik kuih apa? 😅 saya pun terus cakap kuih ketayap..saya cakap la kat makcik tu kalau sebelah Terengganu orang panggil kuih ketayap tu kuih gulung..oo makcik tu cakap sambil tersengih 😆 saya orang Terengganu, memang lebih suka panggil kuih gulung sebab kuihnya kan di gulung..Lain tempat lain namanya tapi tetap kuih yg sama..ade jgk yg panggil kuih dadar..yg penting ia sedap. Saya suka & puas hati sgt kalau buat kuih ketayap, kulitnya jadi elok berlubang macam ni..itu bermakna kuih ketayap yg jadi dgn elok..sedap & lembut je..selain di gulung, saya juga pernah buat kuih ketayap bentuk bunga ros & buat pelbagai corak pd kulitnya menjadikan ia lebih menarik & berselera nak makan..tapi anak bongsu saya, setiap kali makan kuih ketayap ni mesti makan kulitnya saja, inti letak tepi pinggan 😅 ma nya jgk yg tolong habiskan 😆 Nor Al Fatihah -
Kuih Ketayap /Kuih Gulung Kuih Ketayap /Kuih Gulung
#cppassportKuih gulung atau juga dikenali sebagai kuih ketayap merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih adalah sejenis kuih berinti. Ia merupakan sejenis kuih yang terdiri daripada kulit nipis bulat dan diletakkan inti yang diperbuat daripada isi kelapa muda dan gula Melaka/nisan di dalamnya. Dunia Hanya Sementara Fy -
Ketayap Polkadot Ketayap Polkadot
Masak Apa Hitam, Putih @ Merah Jambu? Haa ni lah hasilnya ketayap polkadot. Kulitnya merah jambu & bercorak polkadot hitam. Intinya pula putih. Sesuailah kan..sarapan saya sekeluarga pagi tadi. Sebenarnya plan nak buat corak bunga rose tapi makan masa buatnya..jadi saya buat corak polkadot je sebab anak tiba-tiba demam..jadi nak cepat pergi klinik.. Seperti biasa, saya suka kuih ketayap yg berlubang-lubang jerawat macam ni..tak suka yg licin flawless tu..hihiii Nor Al Fatihah -
-
Kuih Gulung #MAHN Kuih Gulung #MAHN
Kuih gulung adalah salah satu kuih tradisi yg popular sehingga kini. Kuih yg lembut berinti kelapa bergula ini sememangnya digemari tua mahupun muda. Teringat masa saya kecil dulu arwah neneklah yg selalu membuat kuih ini. Saya pula akan minta beliau buatkan kuih ini digulung bahagian yg licin di sebelah luar sebab nampak cantik 😄 Hingga kini jika membuat kuih ini saya akan menggulung bahagian yg licin di sebelah luar juga 😊 Eka Zahra -
Kuih Ketayap Kuih Ketayap
#bazaarramadan #minggu4 #goldenapron2020 Kuih ketayap.. kuih ni semalam Aznie buat sebab hubby suka sangat dengan kuih ni.. selalu kalau buat kuih ketayap mesti macam-macam warna dan corak Aznie buat.. tapi semalam rasa penat sangat jadi Aznie buat plain je.. Seronok tengok orang suka makan apa yang kita masak.. bila tengok hubby ngan anak-anak makan.. hilang segala rasa penat.. banyak nama juga kuih ni ye.. ada yang panggil kuih dadar.. ada juga yang panggil dengan nama teruna malang.. ehhh kenapa pulak nama kuih macam tu?? hihihihi.. jangan tanya Aznie sebab Aznie sendiri pun tak tau.. 🤭 Aznie Khasri -
Kuih Dadar Gulung Pandan Kuih Dadar Gulung Pandan
#cppassportMenu simple untuk sungkai(iftar) hari ini,Kuih Dadar Gulung/Kuih Ketayap. Ia merupakan makanan khas Indonesia dan Malaysia yang dapat digolongkan sebagai pancake yang diisi dengan parutan kelapa yang dicampur dengan gula. Isi ini disebut inti.Nama Dadar Gulung ini berbeza pada beberapa daerah diantaranya dalam bahasa Malaysia adalah kuih ketayap dan kuih Lenggang.Kulit Dadar Gulung berwarna hijau karena diberi pewarna daun pandan atau daun suji di Indonesia.Kali ini saya menyediakan kuih dadar gulung /ketayap pandan inti ros mengikut citarasa kuarga saya yang menggamit nostalgia masa zaman saya kanak-kanak dulu.Emak selalu buatkan kuih dadar gulung pandan inti sirap ros ni untuk menu berbuka puasa kami sekeluarga.Saya dengan abang saya mesti berebut2 nakkan kuih ni...Inti kelapa perasa ros yang wangi ini membuatkan kuih dadar gulung lebih sedap.Kalau emak buat emak letakkan santan tanpa letak telur. Tapi kali ini saya tukar santan kepada susu segar.👍 Q'leenalee's Kitchen -
Kuih Ketayap Kuih Ketayap
Kuih ketayap untuk minum petang. Hidangan yang mudah untuk disediakan. Norashikin Rahmat
Lebih Banyak Resipi
Komen