Ramuan

20 minit
2 orang
  1. 200 gkobis, dihiris
  2. 1 ulasbawang merah,dihiris
  3. 1sudu kecil pati ikan bilis
  4. 2 ulascili padi, dihiris
  5. 2 cawansantan cair

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Masukkan santan ke dalam periuk. Saya gunakan santan kotak dalam anggaran 1 sudu besar dan bancuhkan dengan 2 cawan air. Tidak perlu tunggu hingga mendidih, terus masukkan bawang dan pati ikan bilis. Kacau. Oleh kerana pati ikan bilis agak masin,maka saya tidak masukkan garam.

  2. 2

    Apabila santan telah mendidih, masukkan kobis dan cili padi. Cili padi boleh digantikan dengan 1/2 biji lada merah dihiris jika anda tidak mahu terlalu pedas. Kacau dalam anggaran 5-7 minit. Siap.

  3. 3

    Hidangan ini enak dimakan panas-panas dan digandingkan dengan sambal belacan. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Zareena Shahmarudin
Zareena Shahmarudin @InaShahmarudin
pada
Shah Alam Selangor
Minat memasak
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya