Bayam brazil goreng telur

Liana Nick
Liana Nick @nikliana84
Kota Bharu, Kelantan.

#goldenapron2020
#minggu8

Mak mertua saya skarang aktif berniaga tanaman dalam pasu dan juga beberapa jenis sayuran yang ditanam hanya di halaman rumah sahaja. Alhamdulillah hasil juga agak banyak berkat rajin bercucuk tanam sambil melayan hobi. Kebetulan kami balik atas urusan kematian keluarga, sebelum pulang ke kelantan, ibu mertua berikan 2 plastik bayam brazil yang dipetik dari pasu beliau. Sampai rumah, terus buat goreng campur telur. Anak memang suka menu simple macam ni. 😍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 5genggam sayur bayam brazil
  2. 2biji bawang merah
  3. 2 ulasbawang putih
  4. 2biji telur
  5. 4sudu minyak masak untuk menumis
  6. Secubit garam
  7. Secubit gula

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak.Tumis bawang merah dan utih hingga terbit bau dan sedikit kekuningan

  2. 2

    Masukkan sayur bayam brazil yang telah dibersihkan

  3. 3

    Kacau rata

  4. 4

    Pecahkan telur. Perasakan dengan secubit garam dan gula.

  5. 5

    Gaul rata. Goreng hingga masak. Padamkan api. Sedia dihidang. Selamat mencuba 😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Liana Nick
Liana Nick @nikliana84
pada
Kota Bharu, Kelantan.

Carian Teratas bagi

Komen (2)

Ziana Chesaad
Ziana Chesaad @limited_edition
Boleh cuba ni,bayam brazil pun banyak dlm pasu.. Nnt kita recook

Resipi Sepertinya