Vanilla Oreo Muffin

Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
Land Of Happiness

Lama tak baking kek / muffin. Hari ini saya berikan muffin yang mudah disediakan dengan bahan sedia ada. Oleh kerana tiada oven, saya menggunakan air fryer.

Vanilla oreo muffin ini kurang manis. Jika anda suka manis boleh tambahkan gula.

#goldenapron2020

Vanilla Oreo Muffin

Lama tak baking kek / muffin. Hari ini saya berikan muffin yang mudah disediakan dengan bahan sedia ada. Oleh kerana tiada oven, saya menggunakan air fryer.

Vanilla oreo muffin ini kurang manis. Jika anda suka manis boleh tambahkan gula.

#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

12 biji
  1. 1 3/4 cawantepung gandum
  2. 1/4 cawangula kastor
  3. 1sudu besar baking powder
  4. 1/3 cawanbutter cair / minyak
  5. 2biji telur size M / 1 biji telur gred A
  6. 1 cawansusu segar
  7. 1bungkus oreo dihancurkan
  8. Coklat chips (secukupnya)

Cara Memasak

  1. 1

    Ayak tepung bersama baking powder dan masukkan gula kastor

  2. 2

    Dalam mangkuk lain, pukul bahan basah: telur, susu segar dan minyak / butter yang dicairkan hingga sebati

  3. 3

    Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul supaya bercampur.

  4. 4

    Masukkan oreo yang dihancurkan dan kaup balik hingga sekata. Tambahkan coklat chip dan gaul sekata.

  5. 5

    Sudukan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan coklat chips ke atasnya.

  6. 6

    Bakar dalam air fryer selama 20 minit dengan suhu 170 darjah. Uji dengan lidi untuk pastikan muffin masak sempurna.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
pada
Land Of Happiness
😎Anak Jawa - Banjar👩🏻‍🍳My kitchen is my lab🍜Loves to try any new recipe
Baca lagi

Komen (2)

Resipi Sepertinya