Ayam Masak Kurma Simple

Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311

#goldenapron2020
#week11

Assalammualaikum....

Hari ini saya masak kurma ayam. Sebab dah tak tahu nak masak apa dah. 😁

Dulu saya tak gemarkan ayam masak kurma dan segala kurma lah. Tapi sebab agak bosan dengan masak kari dan masak lemak, saya mencuba masak kurma pula.

Percaya atau tidak, sejak berkahwin 8 tahun lalu, ini adalah kali ke-4 saya masak ayam kurma. Itupun setelah bermulanya PKP 😂😂.

Kalau anak nak makan masak kurma ni, memang ke kedai mamaklah. Saya tak gemar. Suami juga kurang gemar sebab itulah memang tak ada dalam senarai menu selalunya. Hehehe

Dulu saya fikirkan amat susah nak masak kurma ini. Langsung tak terlintas nak tengok resepinya. Entah macamana, masa PKP tempohari nak cuba dan 'eh sedap pula aku masak' dalam hati. 😂😂

Resepi saya ringkas sahaja. Selalunya tak cukup bahan, selalunya kentang tak ada. Hehe.
Ada kentang lagilah sedap masak ayam kurma ni. Tapi saya ikut prinsip Kak Lina Kepom, jangan jadikan alasan tak nak/tak boleh masak kalau tak cukup bahan. Masak ja.

Kali ini pun tak ada kentang, so kita masak jugaklah ayam masak kurma ni. Sedap jugak! Hehehe.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2-3 orang makan
  1. 1bahagian dada ayam (anggaran 350gram) - whole breast chicken
  2. 100 mlsantan pekat
  3. 250 mlair
  4. 1/2sudu besar kerisik
  5. 2 ulasbawang merah
  6. 1 ulasbawang putih
  7. 1inci halia
  8. 1biji bawang besar
  9. 1biji buah pelaga
  10. 1/2biji bunga lawang
  11. 2biji bunga cengkih
  12. Sedikitkulit kayu manis
  13. 2sudu besar rempah kurma
  14. 1 kepingasam keping
  15. 3/4sudu besar garam
  16. 1sudu besar gula
  17. 2sudu besar minyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan.

  2. 2

    Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih dan halia.

  3. 3

    Panaskan periuk bersama minyak. Tumis bahan kisar/tumbuk tadi sehingga naik bau.

  4. 4

    Masukkan bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis dan sambung menumis.

  5. 5

    Masukkan rempah kurma dan dua sudu besar air dan sambung menumis sehingga terbit bau.

  6. 6

    Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati. Renehkan 1-2 minit. Jika kering, boleh tambahkan 1-2 sudu besar air.

  7. 7

    Masukkan santan pekat dan seterusnya air serta kerisik. Perlu kacau sentiasa supaya santan masak sekata dan tidak pecah minyak. Pastikan guna api perlahan.

  8. 8

    Seterusnya masukkan asam keping, garam dan gula.

  9. 9

    Masukkan bawang besar yang dibelah 4. Boleh letak lebih jika suka. Jika anda nak letak kentang, boleh letak juga.

  10. 10

    Renehkan sehingga ayam lembut dan masak serasi. Anggaran 15-20 minit. Jika letak kentang, mungkin lebih lama sedikit.

  11. 11

    Sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311
pada
KONGSI RESEPI SIMPLE & ALA KADAR.Salam perkenalan semua.Saya Roza.Cookpad ini saya jadikan sebagai buku resepi peribadi saya untuk abadikan resepi yang saya selalu hidangkan untuk anak dan suami.Manalah tahu bila saya sudah tua atau tiada, anak boleh tengok resepi menu yang saya pernah sediakan untuknya.Saya ini tidaklah pandai memasak lauk pauk yang sedap macam kedai atau pakar masak. Begitu juga kuih muih.Kepakaran saya lebih terarah kepada cookies, kuih raya dan kek.Tapi hari demi hari terus mencuba menjadikan menu harian lebih sedap dari sebelumnya untuk dihidangkan menjadi santapan keluarga.Boleh follow Instagram saya :-foodtography : zarnsdir_mycakes & dessert : rozadelightsjuga Facebook saya : zarns dirTerima Kasih
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya