Daging Masak Jintan

RH Kitchens
RH Kitchens @byRaihanaHuda
Johor Bahru

Dapat resepi ni dari nenek. Katanya jintan manis dan lada hitam bagus untuk kesihatan badan dan kulit. Biasalah orang dulu-dulu. Boleh google ya kebaikan lada hitam dan jintan manis🙊Nenek cakap belum ada anak-anak dia yang masak jadi macam ni, sebab katanya pelik dan tak ada orang nak makan. Kira kitalah cucu yang paling power setakat ni sebab boleh masak ikut selera dia kan🤣 sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Ada rasa macam lebih kurang serunding daging pun ya. Musim raya haji banyak dapat daging korban kan tu? Hah bolehlah cuba.

#unique2u #goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40 minit
6 orang
  1. 1/2 kgdaging lembu (direbus)
  2. 1biji bawang besar (dihiris)
  3. 3inci halia (dihiris)
  4. 5 ulasbawang putih (dihiris)
  5. 1senduk kecil cili kering kisar
  6. 2sudu besar jintan manis (kisar)
  7. 2sudu lada hitam (kisar)
  8. Kicap Lemak Manis

Cara Memasak

40 minit
  1. 1

    Panaskan kuali bersama minyak. Gorengkan bahan-bahan yang telah dihiris secara berasingan dan angkat.

  2. 2

    Di kuali yang sama juga, goreng daging yang telah dihiris sehingga masak.

  3. 3

    Bila daging dah masak dan kering, masukkan pula cili yang sudah dikisar. Gaul sebati sehingga cili masak. Kemudian masukkan jintan manis, lada hitam dan kicap. Kicap ni agak-agak. Ikut tahap hitam yang kita nak ya.

  4. 4

    Masukkan pula sedikit maggi cukup rasa dan gula.

  5. 5

    Akhir sekali, masukkan bahan yang sudah digoreng tadi. Gaul rata dan dah siap. Boleh dihidang bersama nasi panas atau pun ketupat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
RH Kitchens
RH Kitchens @byRaihanaHuda
pada
Johor Bahru
Tiada istilah betul atau salah dalam masakkan. Masakkan juga adalah seni. Bergantung pada kreativiti dan cara masing-masing sebab masakkan itu adalah seni sentuhan ajaib❤Lain orang lain cara, lain tangan lain rasa. Ewahhhh~💃
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya