Nasi Tomato

Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
Land Of Happiness

Saya pernah beberapa kali buat nasi tomato. Tapi saya gunakan tomato puree. Rasanya kurang memuaskan.

Selepas saya semak semula resepi saya teringin cuba nasi tomato dengan menggunakan sup tomato Heinz. Rasanya memang sedap dan warna nasinya cukup cantik dan sekata.

#goldenapron2020

Nasi Tomato

26 orang bercadang membuatnya

Saya pernah beberapa kali buat nasi tomato. Tapi saya gunakan tomato puree. Rasanya kurang memuaskan.

Selepas saya semak semula resepi saya teringin cuba nasi tomato dengan menggunakan sup tomato Heinz. Rasanya memang sedap dan warna nasinya cukup cantik dan sekata.

#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1setengah cawan beras basmathi dicuci dan ditoskan
  2. Sebiji bawang dihiris
  3. Setengah inci halia dihiris
  4. 3 ulasbawang putih dihiris
  5. 1 batangkayu manis
  6. 2bunga lawang
  7. 2buah pelaga
  8. Beberapa helai daun pandan
  9. Minyak sapi untuk menumis
  10. Setengah Sup tomato Heinz
  11. Sedikitsusu cair
  12. 1setengah cawan air
  13. Beberapa lada hijau
  14. Sedikitgaram gula
  15. Pati oren Sunquick
  16. Hiasan
  17. Daunketumbar
  18. Bawang goreng

Cara Memasak

  1. 1

    Beras dicuci. Bahan-bahan lain sedia siap dipotong.

  2. 2

    Panaskan minyak sapi. Tumis 3 sekawan dengan daun pandan. Masukkan bawang dan halia. Tumiss hingga naik bau.

  3. 3

    Masukkan beras yang ditoskan. Gaul rata. Tutup api. Masukkan tomato sup, susu cair dan air. Sukatan air dengan nasi 1:1

  4. 4

    Masukkan lada hijau, garam dan gula. Pindahkan ke dalam periuk nasi. On suis. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi dah hampir kering masak. Curahkan sunquick dalam sesudu dua ke atas nasi. Gaul dengan chopstick untuk elak nasi patah. Jika nasi masih lembik, kukus semula nasi tomato.

  5. 5

    Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar. Sedap dinikmati dengan ayam masak ros dan acar timun.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
pada
Land Of Happiness
😎Anak Jawa - Banjar👩🏻‍🍳My kitchen is my lab🍜Loves to try any new recipe
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya