Nasi kari kambing

Ziana Chesaad
Ziana Chesaad @limited_edition
Nibong Tebal

Menu yang cukup mudah dan boleh dimasak dimana mana sahaja hanya #RiceCookHack dengan menggunakan periuk nasi.
Ziana akan share bagaimana cara penyediaan nasi kari kambing yg senang cuma campak² saja didalam periuk nasi.
Resepi ini pernah viral semasa musim PKP aritu dan sehingga kini Ziana masih lagi masak resepi ini, sebab sedap sangat dan mudah.
Kalau buat masak ketika travel pun amat digalakkan kerana tak perlu lauk tambahan sebab didalam nasi ni pun dah sedia ada lauk kari kambing.
Periuk nasi pun mudah nk dibawa kemana mana.

Jom @sasha_sabrina #ChooseToCook dan kita viral kan kembali masakan ni.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 cawanberas
  2. 2 1/2 cawanair
  3. 1 tinkari kambing adabi
  4. 1/2 cawansusu cair
  5. 1 bijitomato potong dadu (kasar)
  6. 1 sudu tehgaram
  7. Daunsup (hiasan)
  8. Bawang goreng (hiasan)
  9. Bahan menumis
  10. 2 sudu besarminyak sapi
  11. 1 batangkulit kayu manis
  12. 2 bungalawang
  13. 2 buahpelaga
  14. 1 helaidaun pandan disimpul
  15. 1 bijibawang besar dihiris
  16. 2 ulasbawang putih dihiris

Cara Memasak

  1. 1

    Tumis bahan bahan tumisan sehingga berbau wangi. Boleh terus menumis didalam periuk nasi hanya perlu tekan ON/cook suiz dan biar dasar periuk panas.Kemudian masukkan tomato, kari kambing adabi dan air. Gaul rata.

  2. 2

    Masukkan beras, garam dan susu cair. Kacau. Biarkan nasi masak dengan sendirinya. Jika suiz sudah warm dan nasi masih tidak kering, boleh ulangi menekan suiz cook sekali lagi. Setelah nasi kering, gembur gemburkan nasi supaya nasi masak sekata.

  3. 3

    Nasi kari kambing sedia untuk dinikmati. Boleh taburkan hirisan daun sup dan taburkan bawang goreng diatas nasi.

  4. 4
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ziana Chesaad
Ziana Chesaad @limited_edition
pada
Nibong Tebal
Memasak itu terapi .Suka masak masakan simple tapi sedap .
Baca lagi

Komen (2)

MinSha
MinSha @sasha_sabrina
Halah halah senang nyer. Nyesal tak beli kari kambing dkt kl aritu. Takpe. Japgi sopipi jer. Heheheheh

Resipi Sepertinya