Kuih Dangai

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

#cooksnaptepung #cooksnaptheme1 #tepungpulut #goldenapron2020
Ni malam tadi Aznie buat. Teringin pulak nak makan kuih dangai jadi Aznie tengok kat cookpad jumpa resepi dari Salween. Terus gi dapur godek-godek bakar. Buat dia tak susah pun. Bahan pun ada memang kejap je siap. Aznie tak guna acuan dangai sebab dah simpan pek dalam kotak. Jadi malas nak buka kotak Aznie guna acuan muffin je🤭
Serius bila siap buka oven semerbak bau wangi kelapa bakar.. sukanya lahaiiiii.. Paling suka bila makan tu, sedap tak tau nak cakap. luarnya garing dalamnya lembut. Tambah pula dengan gulanya lagi bila makan. Memang tak rugi mencuba..terima kasih resepinya..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2biji kelapa parut
  2. 2senduk gula
  3. 1 sudu tehgaram
  4. 1 cawantepung pulut
  5. 3sudu besar gula merah (Aznie guna gula melaka)

Cara Memasak

  1. 1

    Cara
    ~Campur semua bahan kecuali gula merah.

  2. 2

    ~Sapukan sedikit Minyak pada acuan dan masukan adunan kelapa. Tabur kan gula merah sebagai inti. Ini optional.

  3. 3

    ~Tutup permukaan dengan adunan kelapa tadi.Tekan Tekan perlahan untuk padat kan kelapa tadi. Tekan Tekan manja sahaja. Gula merah adalah sebagai inti. (Aznie bubuh je tak tekan pun, buat macam orang dulu-dulu)

  4. 4

    ~Bakar pada suhu 180 selama 20 minit atau sehingga kuning keemasan. Siap

  5. 5
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Komen (21)

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Kuih tradisional...Kuih yang Nenek suami Yani buat. Selalu beliau ambil tempahan untuk kenduri kendara...jadi kalau kebetulan balik ziarah nenek suami, dapatlah rasa kuih lejen ni...😍😋Nenek Suami pernah masak kuih ni depan Sultan Johor yang sekarang ni..Yani? Hahaha..tau makan je😋🤣. Terbaiklah Kak Aznie pandai buat kuih ni..👍👍

Resipi Sepertinya