Ubi rebus cicah kelapa

hana zahrana @cook_26582016
Ubi ni adalah makanan atok nenek kita. Sangat sedap.
Ubi rebus cicah kelapa
Ubi ni adalah makanan atok nenek kita. Sangat sedap.
Cara Memasak
- 1
Rebus ubi kayu sehingga empuk
- 2
Gaulkan kelapa dan juga gula pasir secukup rasa.
- 3
Kemudian sedia utk dihidang.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Ubi kayu rebus kelapa Ubi kayu rebus kelapa
Ubi kayu ni sinonim dengan makanan zaman Jepun masa hidup susah dulu..Lagi kalau arwah nenek moyang cerita masa zaman tu,sedih sangat.Tapi budak zaman sekarang tak kenal ubi kayu ni...kenal kayu je...ubi tak kenal..Bila suruh rasa..segigit je!!Nah resipi 'Semangat ubi kayu'.Cuba ye,senang je...#resipi3bahan#goldenapron2020 Rohaizan Izan -
Ubi Rebus - Askar Jepun Dimana-mana #chefzam Ubi Rebus - Askar Jepun Dimana-mana #chefzam
Makanan pasca Merdeka. Bila sebut makanan Merdeka kita mesti cakap ubi kayu. Padahal ini makanan sebelum merdeka. Arwah atok pernah bercerita bagaimana susahnya nak makan zaman penjajahan dulu. Memang ubi kayu je yang paling mudah. Itupun nak tarik ubi kena buat waktu malam takut terserempak dengan askar Jepun. Pernah satu ketika atok tak ada. Nenek yang gali ubi. Nenek pakai kain pelikat tutup kepala. Waktu tu perempuan yg berada di luar tak terjamin keselamatannya sebab tu nenek terpaksa menyamar jadi lelaki. Tiba2 askar Jepun datang, nenek terus duduk mencangkung. Allah panjangkan umur nenek. Mungkin askar tu pikir lelaki sedang buang air. Kami makan ubi rebus sambil bergelak ketawa dengar cerita atok dan nenek. #goldenapron Aida Ariati Peai -
Ubi rebus cicah kelapa Ubi rebus cicah kelapa
Letakkan beberapa titik minyak masak agar ubi nampak cantik berkilat. Hani Shaimi -
👩🍳Ubi Kayu Rebus🇲🇾 👩🍳Ubi Kayu Rebus🇲🇾
⏳Jom kembali ke zaman nenek moyang kita hidup sebelum merdeka melalui makanan yang dimakan ketika itu… antaranya ubi kayu. Ubi kayu menjadi makanan ruji mereka ketika bekalan beras sukar didapati.Jangan salah faham tentang Ubi kayu yg ternyata ada khasiatnya..tinggi karbohidrat untuk tenaga serta mampu meningkatkan imuniti badan, mampu mencegah anemia serta baik untuk penghadaman. Ia juga baik untuk tekanan darah dan jantung.Oleh itu, walaupun nampak seperti makan ubi kayu seolah tiada pilihan, tetapi ianya ternyata berkhasiat!#JiwaMerdeka#MerdekaMonth#AugustChallenge⬛️Ubi kayu = Cassava2184/3K328/2024 Mahadiah -
Ubi Kayu Rebus Ubi Kayu Rebus
#phopxcookpad2020 #task4 #goldenapron2020 Sebenarnya Aznie tak ada idea untuk task4 kali ni. Pagi tadi pergi pasar pagi dengan hubby. Seperti biasa setiap hari sabtu @ ahad memang kami pergi pasar untuk beli lauk stok untuk seminggu. Seronok jalan pasar pagi di Batu Gajah sekarang sebab pasar dan terbahagi kepada 2 tempat. Berwajah baru pulak, banyak sayur-sayur kampung dijual disana. Sambil berjalan dengan hubby terpandang seorang nenek tua duduk ditepi sudut. dibentangnya kain. Disusunnya sayur- sayur kampung. Disitu Aznie lihat ada sedikit ubi kayu. Cakap kat hubby nak beli ubi tu, ada sikit je lagi. Hubby senyum je. Lepas beli hubby tanya berapa ubi tu. Cakap murah je tapi bagi nenek tu rm 10. Rezeki dia. Hubby tak cakap apa diam je. Sebenarnya bila tengok nenek tua tadi Aznie teringat akan arwah onyang Aznie dulu. Masa kecil dulu selalu buatkan ubi kayu rebus makan dengan kelapa bersalut garam juga gula. ya allah rindunya moment tu.. Jadi hari ni Aznie buatkan ubi kayu rebus je untuk task. Sukanya bila lama tak makan sekali makan memang banyak Aznie makan. makan bersama hubby. sebab anak-anak tak gemar. Citarasa generasi muda sekarang memang tak sama macam dulu kan. Aznie Khasri -
Ubi Kayu Rebus Cicah Kelapa Dan Gula Perang Ubi Kayu Rebus Cicah Kelapa Dan Gula Perang
#sarapan#goldenapronDari zaman sebelum Malaysia Merdeka lagi ubi kayu rebus amat terkenal sebagai menu sarapan harian atau ruji...Ubi kayu rebus sangat sedap dicicah bersama kelapa parut serta gula perang...menu ini amat sinonim dengan masyarakat kampung terutama para petani...kerana ubi kayu rebus boleh memberikan tenaga serta menahan diri dari lapar sewaktu sedang melakukan kerja2 berat seperti bersawah dan lain2...bagi masyarakat bandar zaman sekarang ubi kayu rebus menjadi satu menu yang legend atau rare...dibandar harga ubi kayu sangat mahal kerana dah bermacam2 jenis kuih muih serta chip pelbagai perisa di jual sebagai snek ringan...jommm saya share resipi ringkas cara saya makan dan masak ubi kayu rebus...Sory terpanjang pulak cerita saya kali ini...😘😍🤩 Aza Aaj -
Ubi rebus #chefzam Ubi rebus #chefzam
Sebut saja ubi rebus mesti teringat zaman dahulu.sebelum merdeka dan awal kemerdekaan pastinya atuk nenek kita makan dari hasil tanaman mereka sendiri.menu ini sesuai samada utk sarapan pagi ataupun minum petang.dicicah pula dengan kelapa parut yg digaul sedikit garam.di tambah pula minum dengan kopi o panas.#chefzam#merdeka Lily Suryani Mohd Ali -
Ubi kayu rebus Ubi kayu rebus
#merdeka2020Sedia umum tahu ubi kayu rebus adalah menu zaman nenek moyang kita dahulu kala... Enak sekali dipadankan dengan parutan kelapa dan gula merah atau dicicah sambal bilis Ummi Alanna -
Getuk Ubi Topping Kelapa Gula Merah Getuk Ubi Topping Kelapa Gula Merah
Kali pertama makan getuk ubi ada topping kelapa ni semasa jamuan di pejabat. Seorang rakan sekerja bawa.Selalu kita makan getuk ubi yang digoreng bulat sahaja.Bila makan yang bertopping ni sedap pula, jadi sekali sekala bila hendak buat getuk ubi untuk minum petang mesti buat sekali topping kelapa, anak-anak pun suka.#GlobalApron2024#Challenge23Putih#KelapaparutTepunggandumUbikayu irar -
Ubi kayu rebus #chefzam #merdeka Ubi kayu rebus #chefzam #merdeka
Makanan yg jarang sekali kita masak.Antara ubi yg tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas sejak dari zaman sebelum merdeka lagi.Ubi yg boleh dipelbagaikan jenis jenis juadah. Boeh dibuat Kuih , direbus , digoreng atau dikukus. Tak kurang juga rasa yg sangat lazat bila dibuat bubur atau serawa. Ziana Chesaad -
Ubi Kayu Rebus Ubi Kayu Rebus
Ubi kayu rebus...menu tak asing lagi.. Tak mati telan dek zaman.. Sekarang macam ² produk di buat hasil dari ubi kayu.. Tetapi.. Ubi kayu rebus tetap legend.. Makan lah dengan sambal ke.... Atau hanya kelapa parut.. Ianya tetap nampak menarik.. Kali ni alin mengikut kehendak ibunda tersayang.. Nak makan dengan kelapa dan gula perang.. Ok siap.. FZ Adzlin -
Ubi Kayu Rebus Ubi Kayu Rebus
Ubi kayu memang menu yang agak sinonim dengan musim hujan/musim banjir..Bukan makanan zaman sekarang je..tapi menu ni juga menu tradisi orang dulu dulu lagi..Bukan saja senang dapat...tapi makanan nya sangat mengenyangkan..Cuma ikut arus zaman..ianya bukan saja direbus biasa..tetapi boleh juga dicicah dengan sambal bilis..sambal sardin..gula nisang..gula merah..dan kelapa parut..#CookpadCares FZ Adzlin
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/13809456
Komen (5)