Bingka Roti, Santan dan Coklat Hazelnut Kukus Ala Kalakatar

Athirah Sofiah
Athirah Sofiah @athirah_sofiah
Subang Jaya, Selangor

#goldenapron2020
#kalakatar

Banyak resepi mak tunjuk, tetapi Sofiah tak suka. Sorry mak. Bila mak tunjuk resipi asal Bingka Coklat Kukus, baru Sofiah setuju.

Sofiah nak makan, apa yang Sofiah buat. Tak nak membazir.

Letak Coklat Hazelnut, sebab Sofiah suka. Untuk ikut bonus kalakatar, Sofiah letak santan.

Tak apa kan. Kan? Sebab memang tak cari kelapa. Sini PKPB, jadi guna apa yang ada dalam dapur.

Lepas dah sejuk, mak tolong potongkan. Sofiah makan dengan Coklat Hazelnut. Sedap.

Bingka Roti, Santan dan Coklat Hazelnut Kukus Ala Kalakatar

9 orang bercadang membuatnya

#goldenapron2020
#kalakatar

Banyak resepi mak tunjuk, tetapi Sofiah tak suka. Sorry mak. Bila mak tunjuk resipi asal Bingka Coklat Kukus, baru Sofiah setuju.

Sofiah nak makan, apa yang Sofiah buat. Tak nak membazir.

Letak Coklat Hazelnut, sebab Sofiah suka. Untuk ikut bonus kalakatar, Sofiah letak santan.

Tak apa kan. Kan? Sebab memang tak cari kelapa. Sini PKPB, jadi guna apa yang ada dalam dapur.

Lepas dah sejuk, mak tolong potongkan. Sofiah makan dengan Coklat Hazelnut. Sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40 minit
1 orang
  1. 1 kepingroti
  2. 1/2biji telur
  3. 100 mlsantan dalam kotak
  4. 1sudu besar susu cair
  5. 2sudu besar susu pekat
  6. 1sudu gula pasir
  7. 3sudu besar coklat hazelnut

Cara Memasak

40 minit
  1. 1

    Asingkan roti dan kulit roti. Siatkan kedua-dua bahagian dalam bekas asing.

  2. 2

    Campurkan santan ke bahagian roti putih.

  3. 3

    Campurkan susu cair, susu pekat dan gula pasir.

  4. 4

    Masukkan telur dan Coklat Hazelnut.
    Kacau rata.

  5. 5

    Masukkan dalam mangkuk yang dah disapu dengan minyak.
    Letakkan kulit roti yang dah disiat di bahagian atas.

  6. 6

    Kukus selama 30 minit. Masa mak kukus, mak lapkan tutup periuk dari semasa ke semasa, supaya air tak jatuh ke kuih.

  7. 7

    Dah siap kukus, mak tunggu sejuk kejap, tolong potongkan, letak atas piring. Sofiah makan dengan Coklat Hazelnut.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Athirah Sofiah
Athirah Sofiah @athirah_sofiah
pada
Subang Jaya, Selangor

Komen

Resipi Sepertinya