Ikan Merah Panggang Butter Untuk Mamacu Pantang

Athirah Sofiah
Athirah Sofiah @athirah_sofiah
Subang Jaya, Selangor

#goldenapron2020

Biasanya letak minyak pada daun pisang. Kali ini, Sofiah belajar untuk letak butter pula.

Mak kata, nak rasa lebih sedap apabila letak butter.

Kita buat resipi lain, walaupun banyak kali guna ikan yang sama semasa Mamacu Pantang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
1 orang
  1. 1 kepingikan merah
  2. 2sudu besar serbuk lada hitam
  3. 3biji bawang putih (ditumbuk hancur)
  4. 1sudu besar asam jawa
  5. 1sudu kecil garam bukit

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Mula-mula, bersihkan ikan merah.
    Letakkan asam jawa, bawang putih dan garam bukit. Lumur rata.

  2. 2

    Basuhkan daun pisang sehingga bersih. Lapkan dan letak atas kuali leper.
    Letak butter. Biar cair sebentar.

  3. 3

    Letak ikan merah yang telah diperap. Masak dengan api perlahan sehingga masak. Terbalikkan dari semasa-semasa. Letakkan serbuk lada hitam semasa waktu tersebut.

  4. 4

    Untuk Mamacu, mak hidangkan Ikan Merah Panggang Butter dengan Sayur Sawi dan Lobak Merah Masak Lada Hitam, serta Ikan Bilis Rangup dan potongan oren.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Athirah Sofiah
Athirah Sofiah @athirah_sofiah
pada
Subang Jaya, Selangor

Komen

Resipi Sepertinya