Dish Sponge Cake

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

#telurantarabangsa
#goldenapron2020

Hari ini, sy ingin mencuba salah satu kek yg tgh viral pd masa skrg iaitu kek span basuh pinggan. Pd mula nya si dara sy nampak kehairanan apabila melihat sy asyik menyusun kek2 ni di dlm pinggan. Dua kali dia lalu lalang sambil berkata kpd papa dia di ruang tamu “pa, cuba papa tengok mama kat dapur tu. Entah apa2 je mama tu asyik susun span basuh dlm pinggan?” Suami sy menjawab “mama kau tu masa kecik2 dulu tak puas main permainan kanak2 (berdango dlm bahasa Melayu Sarawak).” Sy pun nak tergelak juga la mendengar nya. Rupa2 nya suami sy tahu yg tu kek sewaktu sy solat dia senyap2 pergi ke dapur dan menghidu kek dlm oven dan mencubit sedikit utk merasa. Bila sy ajak si dara sy utk makan kek tu, dia bertanya Anak: “Kek? Kek apa?”
Saya: “Ni lah (sambil menunjuk dgn garfu kek yg ada dlm pinggan”
Anak: “Kek apa ada buih tu?”
Saya: “Kek la ni. Buih tu blh buat.”
Anak: “Tipu! Mama saje je nak prank kan orang kan? Mama makan dulu baru la Tisha percaya.”
Saya: “Okay aa.. mama makan.” (Sambil memotong sedikit kek dgn garfu) si dara pun tengah tengok. “Nah! Tengok ni.”
Anak: “Eh! Kek la tapi nampak macam span la.” (Muka masih nampak macam blur je) 😂
Sy ingin memperkenalkan masakan sy di antarabangsa kerana ingin berkongsi idea bagi sesiapa sahaja yg ketandusan idea hendak membuat apa dgn telur. Salah satu nya dgn membuat kek yg mudah tetapi nampak kelainan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 gmmentega suhu bilik
  2. 230 gmgula kastor
  3. 2sudu kecil esen vanilla/lemon juice
  4. 5biji telur ayam (gred AA)
  5. 2 cawantepung gandum
  6. 1sudu besar serbuk penaik (baking powder)
  7. 6sudu besar buttermilk
  8. Pewarna hijau dan kuning
  9. 8sudu besar madu
  10. 1sudu kecil susu pekat manis + 1 sudu besar air

Cara Memasak

  1. 1

    Pukul mentega dan gula hingga berkrim.

  2. 2

    Masukkan esen vanilla dan gaul lagi. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul lagi hingga rata. Campurkan tepung gandum dan baking powder. Ayak ke dlm adunan tadi dan gaul rata.

  3. 3

    Masukkan buttermilk dan gaul rata. Jgn pukul terlalu lama. Cukup sekadar bercampur rata sahaja. Ambik sedikit adunan anggaran 1 cawan dan beri pewarna hijau. (Saya tak ada warna hijau tetapi saya mencampurkan gabungan warna biru gelap 2 titik dan warna kuning telur 2 titik). Kacau rata. Manakala adunan yang selebih nya diwarnakan dgn warna kuning telur 3-4 titik)

  4. 4

    Sediakan 2 loyang saiz 9”x9” dan sapukan dgn sedikit mentega dan dialas dgn baking paper. Panaskan oven dgn suhu 160’c.

  5. 5

    Bakar adunan kuning dlm 34 minit/masak. Suhu oven bergantung pd oven masing2. Bakar adunan hijau selama 13 minit/masak. Sejukkan dahulu kek. Keluarkan kek kuning tadi, kikis sedikit bhg atas nya dan sapukan dgn madu. Lapik pula dgn kek hijau. Tekankan sedikit. Kikiskan bhg atas kek dan potong bhg tepi kek. Potong kek ikut saiz yg anda mahu. Untuk membuat buih, saya campurkan susu pekat manis dan air kemudian dipukul dgn sudu je. Bila nampak berbuih, boleh la sudukan ke atas kek tadi. 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (22)

Resipi Sepertinya