Popia inti kentang

kulit popia sebagai pengganti doh karipap. resepi inti ini boleh digunakan untuk membuat inti karipap kentang. resepi asal dari mak & arwah ayah. simpan disini sbg rujukan diri snd dn semua. selamat mencuba kawan² 🙂
Popia inti kentang
kulit popia sebagai pengganti doh karipap. resepi inti ini boleh digunakan untuk membuat inti karipap kentang. resepi asal dari mak & arwah ayah. simpan disini sbg rujukan diri snd dn semua. selamat mencuba kawan² 🙂
Cara Memasak
- 1
Kentang, bawang merah, bawang putih dipotong dadu kecil
- 2
Masukan semua bahan yg telah didadu, ikan bilis dan udang kering kedalam periuk. (kalau alergik udang kering, boleh guna ikan bilis shja)
- 3
Gaul rata serbuk kari, garam, gula, sedikit minyak sehingga sebati. letak sedikit air. tidak perlu sampai basah.
- 4
Tutup periuk dan masak diatas api perlahan sehingga kentang empuk. ini hasil kentang yg empuk. boleh adjust rasa dgn tambah sedikit gula/ garam.
- 5
Akhir sekali, bungkus mcm biasa dgn kulit popia...goreng...siap 😋
Resipi Sepertinya
-
Inti Karipap (kentang) Inti Karipap (kentang)
Mesti ramai yang suka makan karipap kan, lebih-lebih lagi sekarang dah ada macam-macam jenis inti karipap. Ada inti kentang, ayam, daging, sardin, telur dan lain-lain lagi.Walaupun ada pelbagai jenis karipap, namun, inti kentang yang ada rasa rempah kari tetap popular. Apatah lagi rasa rempah karinya yang ada sedikit pedas.. dengan taburan daun sup akan menambahkan lagi kesedapan inti karipap..Inti yang sedap haruslah di ‘balance’ kan dengan kulit karipapnya yang ohsem. Barulah lagi sedap. Noor Atika Mahamood -
Inti Karipap Kentang & Sardin (Fridge Moment) 🥔🐟 Inti Karipap Kentang & Sardin (Fridge Moment) 🥔🐟
Inti kentang dan sardin sesuai diganding bersama karipap, samosa, popia dan lain lain.Buat banyak, jimat dan boleh simpan kat peti ais. Nak guna tinggal amek je. Nurul Kefftya -
Inti Kentang Sardin Marvelous ❤️ Inti Kentang Sardin Marvelous ❤️
Resepi inti ni saya belajar dengan mak saya sendiri. Sebab saya memang suka sangat makan karipap. Jarang saya jumpa inti karipap yang sedap dan memenuhi cita rasa tekak sendiri ni hihiJadinya dekat sini saya nak share resepi inti kentang sardin ni, untuk semua. Boleh dibuat untuk inti karipap, atau isi dalam popia, atau makan saja dengan roti. Pasti berselera 😍P/s : mak kata nak royalti kalau ramai cuba resepi ni hahaha 🙈🤣#dudukrumah #mamakitchen #stayhome #staysafe #resepisimple #makanmakan #intikaripap #intipopia #cookpadmalaysia #cooksnap #cookpad Siti Zulaiha Salleh -
Popia Kentang & Sardin 🥔🇨🇳 Popia Kentang & Sardin 🥔🇨🇳
Ada baki kulit popia so taktau nak buat apa, kita buat popia kentang dan sardin. Resepi hanya bertulis , maafkan saya kerna tidak sempat saya nak memegang telfon sambil membuat kerja. Ini kerjaan back to basic ya. Simple dimple !#backtobasic#cppassport Nurul Kefftya -
Popia Inti Kentang Pedas Popia Inti Kentang Pedas
#goldenapron2020 pertama kali mencuba popia inti kentang. Mcm ala2 samosa tapi lebih puas hati kerana intinya lebih banyak. Sedap buat kudapan time petang hari sambil hirup Teh O panas.Waktu tengah malam pula saya siapkan menu-menu yang tertangguh. Dari menu ayam sampai lah menu seafood. Inilah dia cabaran jadi chef. Segala perkara ditanggung dan harus diselesaikan satu persatu. Nak fikir menu yg terbaik lagi. Kira cost lagi.Nasib ada P.A terbaik iaitu isteri saya. Sentiasa membantu dalam memberi pandangan dan cadangan yang baik tentang menu plan saya. Isteri saya pun chef juga. Tapi dah berhenti kerja. Tak sampai hati tengok isteri kerja dalam kepenatan. Biarlah dia berehat di rumah dan bantu saya apa yg patut. Buat kerja yg ringan je.Isteri basuh baju, saya balik kerja saya sidai baju. Isteri memasak, saya mengemas. Bergitu lah setiap hari yang kami lakukan. Sentiasa saling bantu membantu.Okay la panjang pulak bercerita. Mari teruskan resipi kita iaitu Popia Kentang Pedas. Dapur Chef Husnil -
Inti Kari Ayam & Kentang (Karipap, Samosa & Lain-lain) Inti Kari Ayam & Kentang (Karipap, Samosa & Lain-lain)
PKP-22: Masak inti kari ayam & kentang pulak. Nanti, kalau rajin bolehlah buat karipap. Kalau tak rajin, simpan dulu dalam freezer 😁.Sebenarnya, saja nak habiskan 3 ketul kentang yang terbiar kat dapur tu. Takut rosak. Biasanya, saya gunakan ayam cincang. Tapi, harini saya gunakan sekeping dada ayam yang beratnya 200g 🐔.Resipi ni, cukup untuk 25-30 ketul karipap mengikut resipi yang saya kongsikan sebelum ini (Refer IGTV) 🙂.#shikinsaerahrecipe#cookbyshikinsaerah Noor Ashikin Saerah -
Inti Kentang Inti Kentang
Kalau inti dah sedap pasti kuih atau pastry itu akan jadi sedap. Inti kentang ini satu resipi yang mudah dan memang sedang nak buat sbb bahan-bahan memang sedia ada di rumah. Sesuai untuk budak-budak jugak sebab tak pedas. 1 resipi ni boleh guna untuk pelbagai masakan mcam karipap, samosa, popia, roti gulung, makan macam tu pon sedap. Nisa jijan -
Karipap Inti Ayam dan Telur Karipap Inti Ayam dan Telur
#CookpadApron2025Week14Magic cartTepung gandum,Ayam,Telur,Ubi kentang, majrinKaripap akan lebih ump lagi bila ditambah telur rebus dalam inti kentang. Anak suka dengan inti ni , tak pedas , cuma rasa lada hitam sahaja. Makan sampai licin lah kulit dan intinya.Menu karipap agak panjang ceritanya kerana penyediaan inti, kulit dan juga cara menggorengnya. Semua sudah maklum karipap ada menu paling topb sebagai hidangan ringan. Ani Delighted -
Inti Karipap - Kentang & Ayam Inti Karipap - Kentang & Ayam
#goldenapron2020Buat inti dulu. Bila dah dtg kerajinan baru uli karipap. Inti yg sama juga boleh guna untuk buat mini murtabak. Hanya perlu campurkan telur. Ni kemudian kita bg resepi ye. bukumasak.CheMa -
Karipap Ubi Karipap Ubi
Saya suka makan karipap 😁. Tapi susah nak jumpa orang jual karipap yang kena selera. Jadi saya cabar diri uli sendiri karipap tanpa guna acuan walaupun hasil kelim saya tak berapa nak kemas 😅. Inti karipap saya gunakan ubi keledek dan kentang sahaja.#goldenapron2020 Mizzanem -
ROPA Inti Kentang Telur ROPA Inti Kentang Telur
Berbuka Ala pantai timurRofa kuih tradisi negeri Terengganu.Inti kentang bersama ayam @ daging dan telur. Rasa inti lebih kurang inti karipap tapi kulitnya lembut seperti ketayap kemudian celup telur dan goreng garing. Kuih Juga di sebut risoles. Ani Delighted -
Karipap Rangup Inti Dhal Karipap Rangup Inti Dhal
Global Apron 2024 Challenge 18: Rainy Day ☔️Kalau kuih karipap, cik suami saya memang suka sangat. Dah dapat gelaran Hantu Karipap oleh kakak sulung saya 😆. Dia boleh habiskan sepinggan karipap lagi-lagi kalau karipap pusing. Bagi saya pulak, saya lebih suka karipap rangup sebab bagi saya kulit karipap rangup tak muak dan kurang berminyak selepas digoreng.Kalau dari segi inti nya pulak, selalu nya suka inti ubi keledek dan udang kering. Hari ni saya buat inti kacang dhal sebab itu jer bahan inti yang ada kat dapur. Alhamdulillah sedap kata cik suami kerana inti nya tak kering berderai apabila dimakan tak seperti inti karipap yang dibeli inti yang sama. Sesetengah orang suka tengok kulit karipap yang licin dan ada juga yang suka kulit karipap yang menggerutu (menggelembung), saya pulak suka kulit karipap yang menggerutu.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Kacang dhal (2) + lada sulah (1) Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen