Simple Omelette

alcee afifi
alcee afifi @cook_28657453

Omelette adalah nama lain bagi telur gulung yang selalunya ditambah dengan sedikit sayur dan daging. Resepi ini sangat sesuai jika anda mahu menghabiskan stok telur anda yang masih banyak. Di sini saya tekankan penggunaan susu untuk menjadikan telur gulung anda lebih gebu dan lembut. Selamat mencuba

Simple Omelette

5 orang bercadang membuatnya

Omelette adalah nama lain bagi telur gulung yang selalunya ditambah dengan sedikit sayur dan daging. Resepi ini sangat sesuai jika anda mahu menghabiskan stok telur anda yang masih banyak. Di sini saya tekankan penggunaan susu untuk menjadikan telur gulung anda lebih gebu dan lembut. Selamat mencuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 min
3 orang
  1. 3/4biji telur bergantung pada saiz
  2. 2s/b susu (saya guna Dutch lady milk saja)
  3. 2s/b jagung frozen
  4. 1tangkai daun bawang dihiris kasar
  5. Sedikitgaram dan gula
  6. Bonito (Optional jika mahu lebih sedap)

Cara Memasak

20 min
  1. 1

    Rendam jagung frozen anda dengan air panas dan garam sehingga lembut sedikit

  2. 2

    Kacau telur dan susu sehingga sebati, kemudian masukkan daun bawang dan jagung. Perasakan dengan garam dan gula mengikut selera anda.

  3. 3

    Di dalam kuali leper panaskan sedikit minyak dengan api perlahan (jangan letak minyak sehingga telur anda tenggelam).

  4. 4

    Sendukkan adunan telur anda kedalam kuali dan ratakan adunan itu keseluruh permukaan rata. Tutupkan kuali agar bahagian atas telur masak dengan wap sahaja.

  5. 5

    Apabila bahagian bawah telur sudah mengeras, lipatkan satu bahagian hujung telur senbanyak dua lipatan, pastikan ada baki hujung telur yang tidak dilipat. Tolakkan bahagian telur dilipat ke hujung kuali dan sendukkan adunan telur di hujung ekor telur yang tidak dilipat. Tutupkan kuali sekali lagi.

  6. 6

    Ulang proses tadi hingga telur habis. Di lipatan terakhir, tutup api, dan tutup kuali telur. Tekan lipatan agar ia lebih rapat dan biarkan dalam kuali beberapa minit sebelum diangkat.

  7. 7

    Selepas telur sejuk sedikit, barulah potong telur gulung itu kepada beberapa bahagian.

  8. 8

    Jika anda mahu telur anda terasa lebih sedap dan menyelerakan. Taburkan bonito flakes di sekeliling telur yang sudah dipotong.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
alcee afifi
alcee afifi @cook_28657453
pada

Komen

Resipi Sepertinya