Garlic Dinner Rolls

Nor Azlina
Nor Azlina @nrzln92
Klang

Kisahnya saya terjumpa video buat roti ni di YouTube. Disbbkan mood rajin dan nampak mcm mudah,saya cuba buat.

Kredit : Savor Easy (YouTube)

Garlic Dinner Rolls

17 orang bercadang membuatnya

Kisahnya saya terjumpa video buat roti ni di YouTube. Disbbkan mood rajin dan nampak mcm mudah,saya cuba buat.

Kredit : Savor Easy (YouTube)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. A (Roti)
  2. 3& 1/4 cawan (400 g) tepung gandum
  3. 1/4 cawan (50 g)gula
  4. 1 tsp (5 g)garam
  5. 2& 1/4 tsp (7 g) yis segera
  6. 1cwn (250 g) susu suam
  7. 1biji telur gred A/AA
  8. 1/4cwn (55 g) mentega
  9. 1 tbsbawang putih cincang
  10. B (Sapuan)
  11. 1 tbsbawang putih cincang
  12. 2 tspdaun parsley kering
  13. 55 grammentega/majerin (*cairkan)

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan tepung,gula,garam dan juga yis dalam bekas. Kacau sebati.

  2. 2

    Kemudian masukkan susu suam dgn telur. Putar guna mixer selama 5 minit. Tapi saya guna tangan.

    Ulilah sampai jadi doh sebati.

  3. 3

    Tutup bekas dgn kain. Rehatkan selama 20 minit.

  4. 4

    Dah 20 minit,masukkan bawang putih cincang dgn mentega. Putar lagi selama 5 minit atau uli sampai doh jadi lembut,sebati dan elastik.

  5. 5

    Ambil doh tadi letakkan dlm bekas yg dah sapu minyak. Rehatkan selama 1 jam atau sampai naik 2 kali ganda saiz.

  6. 6

    Lepas sejam,tumbuk doh utk keluarkan angin. Bahagikan doh kpd 25 bahagian. Bulat² doh.

    Rehatkan lagi selama 15 minit. Tutup dgn kain utk elak kering.

  7. 7

    Griskan loyang. Susun doh. Rehatkan lagi selama 30 minit. Jgn lupa tutup dgn kain.

  8. 8

    Bahan B : campurkan semua bahan sampai sebati.

  9. 9

    Bila dah 30 minit,sapukan bahan B di atas tiap adunan. Sapu sikit² dkt tepi doh juga.

  10. 10

    Bakar guna oven yg dipanaskan terlebih dulu 180°c selama 15 ke 17 minit. Api atas bawah.

    Bila dah siap masak,lepas keluarkan dari oven,sapu dgn bahan B lagi atas roti. Sejukkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nor Azlina
Nor Azlina @nrzln92
pada
Klang
Kongsi resepi² yg saya dah cuba senang utk rujukan masa depan. Sumber resepi pun pelbagai.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya