Cheese Tart Riang Hatiku

#tribute2minsha
Anak anak saya suka makan cheese tart.Kali ini saya buatkan warna warni membuatkan anak anak lagi teruja nak makan.Warna hitam menaikkan segala corak atau imej,merah jambu warna yang menarik,warna putih warna asal.Putih bersih😍😍😍...Walau pun tangan keras dan tidak pandai melukis,saya tetap cuba menggembirakan hati anak anak sebab itu macam macam imej ada.Kebetulan tema kali ini berkongsepkan hitam,putih atau merah jambu,saya sharekan hasil saya yang tak seberapa.

Cara Memasak
- 1
Biarkan krim cheese pada suhu bilik.Mixer krim cheese,perahan lemon dan gula.Apabila sudah sebati,masukkan telur dan kaub balikkan adunan.JANGAN di mixer nanti cheese tart tidak buncit.
- 2
Ambil sedikit dan asingkan untuk meletak warna.
- 3
Ambil kulit tart,letak sedikit filling dan paipkan krim cheese secara menegak sehingga melepasi kulit tart.
- 4
Kemudian boleh lah lukis sebarang imej di atas krim cheese tersebut.
- 5
Apabila sudah siap di lukis,boleh lah di bakar pada suhu 180 darjah selama 20minit atau sehingga masak menggunakan api atas bawah.Bila di sentuh tidak melekat.Sebelum itu,oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya bakteria mati dan tiada bau yang tidak menyenangkan dan masak sekata.
- 6
Setelah siap bakar,perlulah di sejukkan terlebih dahulu sebelum di makan.Jangan makan ketika panas nanti lidah melecur.
- 7
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.Ikhlas dari saya yatie fy.Saya guna bekas macam ini sebab senang nak menyimpannya di didalam peti ais atau di atas meja.Cheese tart tidak tertindih di antara satu sama lain.
- 8
PERINGATAN...Jangan mixer krim cheese dengan telur.Telur perlu letak di akhir langkah dan kaub balik sahaja.Kalau di mixer,cheese tart tidak akan buncit.Ianya akan mendatar sahaja
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (5)