Semperit susu Cair Dimulut

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Saya dah pernah share resepi ni.
Kali ini saya buat lagi warna kegemaran saya untuk semperit susu ni.Semperit yang sangat sedap cair dimulut.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 grammarjerin/ butter(nak lagi sedap guna pure butter)
  2. 1/2cwn susu pekat (sesedap rasa)
  3. 1sdt esen vanila
  4. 400-450 gramtepung jagung (Anggaran 4 cwn) ikut keperluan
  5. 1sudu besar tepung kastard (optional)tak letak pun takpe

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan butter dengan susu pekat manis.. Adun guna senduk kayu sahaja. Tak perlu mix hingga gebu cukup hanya sebati. Masukkan tepung jagung uli sebati.

  2. 2

    Adunan mesti lembut begini tapi tidak melekit ditangan. Jangan terlalu keras nanti susah nak tekan bunga semperit.
    Ambil sedikit warnakan hijau untuk warna daun.
    Untuk bunga boleh buat satu warna atau dua warna. Ikut citarasa.

    Nota:Untuk lebih rasa susu saya tambahkan 50 gram susu tepung full cream.
    Adunan jangan terdedah angin masa proses menekan bunga. nanti jadi keras.

  3. 3

    Tekan cetakan daun terlebih dahulu dalam tray. Kemudian baru tekan cetakan bunga.Saya buat dua tone bunga. Satu warna asal ditepi warna terang sikit dari warna asal.

  4. 4
  5. 5

    Letak manik gula atau coklat chip sebagai inti bunga. Bakar dalam oven suhu 150°c selama 25-30 minit..(suhu ikut oven masing2 ya)
    (Saya guna oven khind 150l suhu 125°c-30 minit)

  6. 6

    Kuih semperit setelah masak. Bunga tetap kekal cantik selepas dibakar. Maaf...Tak sempat nak posing comel2 kuih sudah disambar orang.😂
    **Dibawah saya kongsikan pic acuan pecah 15 yg saya guna.

    Tips:
    Cara saya tekan adunan bunga, masa tekan adunan tak perlu nak susah2 lenggang Lenggok Just isi adunan dalam acuan dan tekan dalam posisi menegak.Alunan kelopak akan terjadi dengan sendirinya.(itu cara saya) Lain orang lain cara. Ikut keselesaan masing2.

  7. 7

    Ini acuan untuk daun. Guna yg mna2 pon boleh.

  8. 8
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen (34)

MinSha
MinSha @sasha_sabrina
4 cwn tepung jagung + 50g tepung susu ke laling?

Resipi Sepertinya