Semperit Susu

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

#bazaarramadan #week5 Semperit susu ini saya buat utk tempahan saja kerana saya lebih sukakan semperit klasik lagi yg menggunakan 3 jenis tepung. Walaubagaimanapun semperit susu ini mempunyai peminatnya yg tersendiri..saya masih belajar utk buat bunganya menjadi lebih cantik..ada kawan2 mintak saya buatkan video cara picitnya..semperit ini tidak menggunakan banyak bahan spt semperit klasik..ia perlu di kacau dgn senduk kayu saja supaya bila ia di bakar tidak menjadi kembang. Ia juga di hias dgn coklat chips..lain pula dgn semperit klasik yg menggunakan buah ceri di hias di atasnya..sebelum bakar ianya perlu di rehatkan dlm 15 minit supaya bunga tidak jatuh & kekal tegak. Resepi ni saya olah sendiri & ejas drp resepi yg dahulu..ianya cukup2 rasa..tak terlalu manis..ia juga rangup & cair dlm mulut..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 gmbutter
  2. 1/2cwn susu pekat
  3. 1 sudu tehesen vanila
  4. 1paket (400gm) tepung jagung
  5. 1sudu bsr tepung kastad
  6. pewarna kuning & hijau
  7. coklat chips utk hiasan

Cara Memasak

  1. 1

    Kacau butter hingga lembut. Masukkan susu pekat & esen vanila & kacau lagi hingga rata.

  2. 2

    Masukkan tepung jagung & tepung kastad. Gaul dgn tangan hingga menjadi doh yg lembut..bukan lembik ye..bermakna ia tak melekat di tangan. Bahagikan dua bahagian. Adunan kuning lebih banyak drp adunan hijau. Masa menekan doh kene tutup dgn kain @ pinggan..jangan beri terdedah pd angin, nanti doh jadi keras

  3. 3

    Masukkan adunan hijau ke dlm acuan semperit pecah 9 & tekan ke atas loyang pembakar sebagai daun bunga. Masukkan pula adunan kuning ke dlm acuan semperit pecah 15 & tekan di atas daun tadi menjadi bentuk bunga. Utk dapatkan bunga yg cantik..sambil tekan tu sambil goyangkan jari & pusing sedikit. Kelopak bunga akan jadi beralun/berombak. Hias dgn coklat chips

  4. 4

    Utk dapatkan bunga yg cantik..masa tekan tu sambil goyangkan jari & pusing sedikit. Kelopak bunga akan jadi beralun/berombak. Hias dgn coklat chips. Rehatkan dulu 15 minit & bakar pada suhu 150•c selama 15-20 minit. Bergantung pd suhu oven masing2 ye..

  5. 5

    Tengok hasilnya selepas bakar..kelopak bunga tak jatuh kan..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Komen (4)

Norharnani Awang Kechil
Norharnani Awang Kechil @Mama412
Saya suka sangat semperit susu ni.😋😋😋😋😋

Resipi Sepertinya