Tomyam ayam ala Thai

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Tak sempat menyempat nak snap gambar, dalam kuali pun jadi la..sambil masak sambil gendong si kecik..

Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A (kisar):
  2. 4biji bawang merah
  3. 1biji tomato
  4. 1 batangserai
  5. 1biji cili merah (nak pedas boleh guna cili padi)
  6. Bahan B:
  7. 1/4ekor ayam (potong kecil)
  8. 1biji bawang besar (potong baji)
  9. 2-3 sudu makanperencah tomyam (nak lebihkan pun boleh)
  10. Pelbagai sayuran (saya guna carrot, cendawan & jagung muda)
  11. 2 helaidaun limau purut
  12. 2 helaidaun ketumbar jawa
  13. 2 batangserai (diketuk)
  14. 1 cmlengkuas (diketuk)
  15. Cili padi (saya tak letak sebab anak tak makan pedas)
  16. 1 sudu makansusu pekat
  17. 3biji limau kasturi (ambil jus)
  18. Air secukupnya
  19. Garam secukup rasa
  20. Serbuk perasa (jika suka)

Cara Memasak

  1. 1

    Tumis bahan A hingga garing kemudian masukkan perencah tomyam. Kacau rata.

  2. 2

    Masukkan ayam dan air secukupnya.

  3. 3

    Bila ayam dah separuh masak, masukkan bawang besar, serai, lengkuas, daun limau purut & juga sayur. Biarkan seketika.

  4. 4

    Akhir sekali masukkan perahan limau kasturi, susu pekat, daun ketumbar jawa & garam serta bahan perasa secukup rasa. Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya