Puding Karamel Tanpa Telur (Sweet Pink)

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

Terlebih rajin kot buat terus sekali bubuh warna pink. Anak dara yang kecik suka sangat kalau makan kuih, kek @ puding yang ada warna pink. Jadi Aznie bubuh kedalam acuan telur. Jadi la kan. Senang bubuh dalam acuan ni. Boleh terus makan. Tak perlu potong-potong dah. Terus ngap je.❤️

Puding Karamel Tanpa Telur (Sweet Pink)

Terlebih rajin kot buat terus sekali bubuh warna pink. Anak dara yang kecik suka sangat kalau makan kuih, kek @ puding yang ada warna pink. Jadi Aznie bubuh kedalam acuan telur. Jadi la kan. Senang bubuh dalam acuan ni. Boleh terus makan. Tak perlu potong-potong dah. Terus ngap je.❤️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan-bahan untuk gula karamel
  2. 1/4 cawangula
  3. 3sudu besar air suam
  4. Bahan-bahan untuk puding:
  5. 1paket agar-agar (10g)
  6. 1 tinsusu cair
  7. 1/2 cawansusu pekat
  8. 4 cawanair
  9. 3/4 cawangula (kalau nak manis boleh letak 1 cawan
  10. 3sudu besar tepung kastard
  11. 1sudu kecil esen vanila
  12. pewarna pink secukupnya

Cara Memasak

  1. 1

    Cara-cara untuk gula karamel:
    Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata. Tuang dalam loyang dan ketepikan

  2. 2

    Tuangkan kedalam acuan. Pusing-pusingkan acuan bg gula rata.

  3. 3

    Cara-cara untuk membuat puding :
    Satukan semua bahan untuk puding di dalam periuk. Kacau bahan-bahan tadi di atas api sederhana menggunakan whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul

  4. 4

    Masukkan bancuhan tepung kastad juga pewarna pink. Kacau sehingga adunan mendidih dan sedikit pekat. Tapis dan tuang ke dalam acuan. berisi karamel tadi.

  5. 5

    Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 2-3 jam sebelum di makan.

  6. 6

    Tips:

    Semasa proses memanaskan bahan-bahan puding, pastikan anda menggunakan periuk yang tebal dan kacau dengan kerap di atas api yang perlahan supaya adunan tidak mudah hangus di bahagain bawah dan tidak berketul.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya