Biskut Cornflakes Crunchy (America)

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

#cppassport
Tahun ini tak banyak buat biskut raya,k ha tumpu hanya pada biskut yang digemari ramai.Itupun pilih biskut yang mudah dibuat sahaja untuk dimakan sendiri juga untuk diposkan buat yang tak dapat balik berhari raya bersama.
Biskut Cornflakes Crunchy ini ringan dan rangup.Resepi menggunakan resepi asal dari kelas memasak zaman sekolah menengah lagi,menggunakan marjerin Planta.Boleh sahaja ditukar kepada butter.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 300 gramPlanta @ butter (Anchor Unsalted)
  2. 160 gramgula kastor @ gula perang (Brown Sugar CSR)
  3. 2biji telur
  4. 1camt esen vanila @ esen pandan (Star Brand)
  5. 190 gramtepung gandum
  6. 230 gramtepung jagung (Brown & Polson)
  7. 280 gramKellog's Cornflakes

Cara Memasak

  1. 1

    Putar Planta Marjerin @ butter bersama gula,telur dan esen vanila hingga sebati.

  2. 2

    Ayak tepung jagung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi sambil dikaup dan balikkan.

  3. 3

    Ayak tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan adunan hingga bercampur-rata dan menjadi adunan lembut dan licin.

  4. 4

    Masukkan kellogg's cornflakes,ramas-ramaskan sedikit.Gaul dengan spatula.

  5. 5

    Jemput sedikit adunan,nipiskan menggunakan jari,letakkan di atas dulang pembakar.Adunan perlu nipis supaya masak sekata dan rangup.Jarakkan sedikit kedudukan biskutnya.

  6. 6

    Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170 C selama 20 - 22 minit @ sehingga garing/keperangan (bergantung kepada jenis oven).Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Komen (8)

Resipi Sepertinya