Chocolate Crepe Cake 🇫🇷

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

Sebelum ni pernah buat crepe cake perisa durian & crepe rainbow.. kali ni try buat chocolate crepe plk.. Suka sgt tengok layer-layer die tu..di lapisi krim coklat..di limpahi pulak dengan ganache coklat..memang delicious & mabeles.. dalam masa sehari je habis licin..wajib cuba dessert yg berasal dari Perancis/France ni..

Chocolate Crepe Cake 🇫🇷

Sebelum ni pernah buat crepe cake perisa durian & crepe rainbow.. kali ni try buat chocolate crepe plk.. Suka sgt tengok layer-layer die tu..di lapisi krim coklat..di limpahi pulak dengan ganache coklat..memang delicious & mabeles.. dalam masa sehari je habis licin..wajib cuba dessert yg berasal dari Perancis/France ni..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Crepe
  2. 50 gmbutter - dicairkan
  3. 2sudu besar serbuk koko
  4. 1 3/4 cawanfresh milk @ full cream (saya guna full cream)
  5. 1/4 cawangula pasir
  6. 3/4 cawantepung gandum
  7. 2biji telur gred B
  8. Krim Coklat
  9. 2 cawannon dairy whipping cream
  10. 200 gmcoklat masakan
  11. Coklat Ganache
  12. 200 mlwhipping cream
  13. 200 gmcoklat masakan
  14. Hiasan
  15. Serbuk koko
  16. Coklat - di sagat

Cara Memasak

  1. 1

    Crepe 👉 Panaskan susu bersama gula. Kacau hingga gula larut saja..jangan sampai mendidih. Tutup api & tuang ke dlm bekas adunan

  2. 2

    Bancuh serbuk koko dengan butter cair

  3. 3

    Kemudian, tuang ke dlm bancuhan susu tadi & kacau. Campur telur & sebatikan

  4. 4

    Akhir sekali, masukkan tepung. Kacau rata & tapiskan 3 kali untuk dapatkan adunan yg halus & tidak berketul

  5. 5

    Panaskan non stick pan. Saya guna saiz 20cm. Tuang satu senduk adunan & lenggangkan hingga nipis. Masak selama 1-2 minit hingga ia menggelembung. Tak payah terbalikkan.

  6. 6

    Saya dapat 20 keping untuk satu adunan. Ini sebahagian daripadanya..

  7. 7

    Krim Coklat 👉 Cairkan coklat masakan dgn cara double boil. Kemudian, sejukkan dulu

  8. 8

    Pukul non dairy whipping krim hingga separuh kental. Selepas itu, masukkan coklat. Pukul lagi hingga sebati & kental

  9. 9

    Ambil satu crepe & sapu dengan krim coklat. Jangan tebal sangat. Layerkan dengan satu crepe lagi & sapu krim. Buat cara yg sama hingga habis

  10. 10

    Biasanya sebelum melayer, saya trim @ buang tepi crepes tu supaya ia lebih kemas, tapi kali ni saya biarkan saja. Kemudian, salut keseluruhan crepe dgn krim coklat & hiaskan ikut kreativiti masing2. Sejukkan di dlm peti ais 3-4 jam hingga set

  11. 11

    Coklat Ganache 👉 Panaskan whipping krim & tuang ke atas dlm bekas berisi coklat. Kacau hingga coklat larut & sejukkan dulu baru tuang ke atas crepe cake. Tabur coklat & serbuk koko di atasnya

  12. 12

    Sedia di hidangkan & di potong..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Komen (7)

LATIPAH NAWAWI
LATIPAH NAWAWI @KakLat
Cantik dan nampak sangat sedap. Simpan dulu resipinya.

Resipi Sepertinya