Tauhu Kukus Lava

Suka makan tauhu kukus ni tapi tak pernah buat. Mujur la ada resipi @MasterJamal untuk membantu. Tapi versi kita ni versi pedas, tu sebab nama dia Lava. Selalu kita makan versi berkicap kan? Ha meh cuba versi gunung berapi lak. Rasa lembut tauhu tu bila digandingkan dengan kepedasan sambal tu fuuuuuuhhhh sedap baq hang! 👍😋
Tauhu Kukus Lava
Suka makan tauhu kukus ni tapi tak pernah buat. Mujur la ada resipi @MasterJamal untuk membantu. Tapi versi kita ni versi pedas, tu sebab nama dia Lava. Selalu kita makan versi berkicap kan? Ha meh cuba versi gunung berapi lak. Rasa lembut tauhu tu bila digandingkan dengan kepedasan sambal tu fuuuuuuhhhh sedap baq hang! 👍😋
Cara Memasak
- 1
Rendam udang kering sebentar untuk melembutkannya. Sementara tu, bilas tauhu dan letakkan ke dalam pengukus. Kukus selama 5 minit.
- 2
Cincang halus bawang kecil. Lepas tu bilas udang kering tadi dan tumbuk lumat.
- 3
Panaskan sesenduk minyak di dalam kuali dan tumis bawang kecil & udang kering hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Tambahkan kicap cair.
- 4
Keluarkan tauhu dan letak di atas pinggan. Belah kepada lapan bahagian di bahagian atas tauhu je, jangan belah sampai ke bawah. Kita belah separuh macam ni supaya sambal boleh meleleh kat celah-celah tauhu tu. Nak makan pun senang. Tapi kalau tak nak belah pun takpe.
- 5
Curahkan sambal tadi ke atas tauhu. Siap! Sekarang pergi ambik pinggan cedok nasi panas dan terus makan, dah sejuk karang kurang feel pulak. Serious, nasi putih makan dengan ni je dah cukup buat mata hitam ternaik ke atas sampai nampak mata putih je.
Resipi Pautan
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Tauhu Kukus Ayam & Cendawan Tauhu Kukus Ayam & Cendawan
Dah reti buat tauhu kukus ni ketagih lak nak buat selalu 😆 Yang ni pulak guna kicap cair macam biasa, tapi ditambah ayam dan cendawan cincang. Yummy! Serious boleh hadap lauk ni je dengan nasi panas. Oh nikmatnya! Rozita Jaafar Sekdek -
Tauhu Kukus Sambal Geragau Tauhu Kukus Sambal Geragau
Selain daripada nasi goreng, apa lagi boleh buat dengan sambal lebihan semalam? Curah atas tauhu kukus lah apa lagi! Senang gila. Sedap pulak tu. Makan dengan nasi panas-panas aduuuuhh syahdunyaaaa! Rozita Jaafar Sekdek -
Mee Goreng Tauhu Pecah Mee Goreng Tauhu Pecah
Selalunya orang buat mee goreng bubuh tauhu yang dah digoreng dulu kan? Haaa kali ni kita nak ajar korang makan mee goreng bubuh tauhu yang tak digoreng pulak. Resipi ni arwah mak kita yang ajar, maklum la, orang tua, mana ada gigi dan kegigihan nak kunyah lebih-lebih. Jadi dia guna tauhu yang tak digoreng dan dia biar tauhu tu pecah dalam mee goreng tu. Kita guna Japanese pressed tofu tapi kalau nak guna tauhu lembut pun boleh, janji kulit tauhu tu lembut dan tak kenyal. Rupa dia memang la selekeh sikit tapi sedap sebab tauhu tu dah bercampur dengan mee. Sampai sekarang kita goreng mee guna cara yang mak kita ajar ni. Cuba la! Rozita Jaafar Sekdek -
Tauhu Kukus menu berpantang Tauhu Kukus menu berpantang
source Cookpader Kak @gula_apongdah x ingat lah menu -menu berpantang ni kerana semasa berpantang dahulu mama yang jaga. sekarang ada cookpad ni senang sangat nk cari resepi berpantang. xde tauhu lembut kat rumah just ada tauhu biasa jer,tapi nk makan tauhu kukus😁. So saya suruh anak dara saya masak tauhu tu jer.#madebyjeehan#cookpadmalaysia#menuberpantang Jeehan Kitchen -
Tauhu Kukus Tauhu Kukus
Misi nak “clearkan” gambar-gambar masakan di dalam galleri telefon bimbit. Nak bagi “ringankan” sedikit telefon tu.Tauhu kukus ni resipi nya lebih kurang jer pun dengan resipi tauhu kukus yang saya terbitkan sebelum ni cuma cara tauhu tu dipotong sahaja yang membezakan nya. Juga kalau dari segi sos nya kali ini saya tak letak udang kering/isi ayam cincang/daging cincang. Si dara saya memang cukup suka menu ni lagi-lagi ketika masih panas. Dia boleh meratah habis satu keping tauhu tu. Saiz tauhu tu agak besar lah juga. Lupa pulak saya nak menimbang berat tauhu tu. Dapur Yusfarisyia -
Tauhu Lembut Kukus Tauhu Lembut Kukus
Resipi dalam draf juga.Kesukaan suami saya dan anak dara saya menu tauhu lembut kukus siram kicap pedas ni. Kalau saya, suka ratah jer. Dapur Yusfarisyia -
Tauhu Udang Kering Tauhu Udang Kering
#goldenapron2020 #minggu14 Setiap kali buat Nasi Ayam, mesti kakNet buat Tauhu Udang Kering ni. Boleh jew kita makan dengan nasi putih biasa. Resipi yg sangat sangat senang untuk dicuba. Netie Rose Oven -
Tauhu Telur Kukus Tauhu Telur Kukus
GLOBAL APRON 2024 CHALLENGE 39: KUKUS#GlobalApron2024COOKPAD MAGIC PANTRY:#cendawan #sayurhijau (daun bawang) #sostiram #tauhu #telurKalau time takde selera nak makan nasi, masak tauhu telur kukus ni je. Habis semangkuk meratah. Makan dengan chili oil pun sedap. Tambah udang dan sayur sayur sikit, memang padu! Kakak Faa -
Tauhu Kukus Ayam Kicap Tauhu Kukus Ayam Kicap
81/2022Baru-baru ni mintak mini market kat rumah COD bahan dapur termasuk tauhu. Yang diorder 6 keping tauhu putih yang square tu (geng cookpaders panggil tauhu berenang 🤣), tapi yang datang 6 bekas tauhu lembut. Masa nak simpan barang2 baru perasan so malaslah nak return. Dalam hati, takpe..cookpad kan ada. Boleh masak mcm2 nanti dgn tauhu lembut ni.Teringat cabaran cookpad Tahu Tauhu tempoh hari. Panggilan2 untuk mengenali pelbagai jenis tauhu. Patutnya pekerja kedai tu join cabaran Tahu Tauhu tu kat CP, baru lah tak salah COD barang!🤣Pastu kebetulan pula CP keluarkan banner Fridge Moment, Uchu gunakan tauhu lembut tu untuk try masak Sundubu Jjigae. Berbaki 4 lagi tauhu lembut. Kemudian keluar pulak banner list untuk HOF! Ada termasuk tauhu gedik by cookpader @ell_sakimin710 . Maka jadilah masak mende alah ni..hmm. Tinggal lagi 2 tauhu nak abiskan. Takpe..cookpad kan ada..✌️ Sesimple Loralin -
Tauhu kukus Tauhu kukus
Menu makan malam dengan Tauhu Lembut dikukus, sangat sedap dan mengenyangkan. Tak ada nasi, Gara- gara orang deit gitu. Ani Delighted -
Sambal Jawa Derhaka Sambal Jawa Derhaka
Resipi ni kita panggil Sambal Jawa Derhaka sebab tak ikut peraturan sambal jawa yang selalunya kena ada suhun, ubi kentang dengan fucuk sekali. Kita ikut suka hati je 😆 Kita selalu suka bubuh tempe, tauhu, ikan bilis & kacang je. Tapi sebab kacang dah habis & malas nak keluar cari, kita guna 3 bahan je la ye. Still sedap jugak tu 😁 Rozita Jaafar Sekdek -
7:12:24 - tauhu kukus sos tiram 7:12:24 - tauhu kukus sos tiram
#GlobalApron2024#Challenge39#Kukus#cili (1 point)#sosikan (1 point)#sostiram (1 point)#tauhu (1 point) Hani Shaimi
Lebih Banyak Resipi
Komen