Burnt Cheese Cake Mudah Hanya Dengan Blender Sahaja

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Masak Apa Tanpa Air?
craving nak makan Burnt Cheese Cake...
Tapi bila fikir nak masak je semangat terus down.Bila nak masak je fikir masalah air yang selalu tiada.Dah hampir dua bulan hakak menghadapi masalah catuan air ni.Hari2 ada je hakak simpan air untuk kegunaan harian tapi banyak mana sangatlah nak simpan kan.Hakak kalau memasak tak pandai guna air sikit2.Mesti nak bergincah banyak2 baru rasa bersih cuci bahan2 untuk memasak.lain lagi nak cuci bekas2 yang kita guna untuk memasak.
Namun Demi menjalankan tugas memasak,Hakak terpaksa juga menyediakan makanan untuk keluarga.Sebagai langkah elak mencuci bekas yang banyak hakak buat burnt cheese cake ini hakak guna blender je.Semua bahan campakkan je dalam blender dan blend halus.Terus tuang dalam loyang dan bakar.Tak perlu nak timbang bahan dan letak dalam mangkuk satu persatu macam kebiasaan yang hakak selalu buat sebelom ni.Jadi kuranglah bekas untuk dicuci.Jimat air dan kerja lebih mudah.Menyuci pun tak banyak.Jom tengok resepi mudah ini 👇

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 gramcream cheese Tatura
  2. 3biji telur A
  3. 200 gramwhipping cream
  4. 95 gramgula kaster
  5. 3sudu tepung jagung
  6. 1 sudu makanjus lemon

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan Blender yang bersih dan kering.Letak atas penimbang digital.Masukkan cream cheese,tekan button tare pada penimbang,timbangkan whipping cream,tekan button tare semula,timbang gula.masukkan telur,tepung jagung dan jus lemon.Blend semua bahan hingga halus.

    Nota:Button tare adalah untuk kembali ke angka kosong sebelom timbang bahan.

  2. 2

    Sediakan loyang saiz 6" yg dialas dengan baking paper dan disapu sedikit marjerin.Tuang adunan cream cheese tadi kedalam loyang,Bakar dalam oven pada suhu 230 ° c selama 30 minit.Selepas itu turunkan suhu kepada 150°c bakar api atas sahaja selama 10 minit.
    Dah siap.keluarkan kek dan sejukkan seketika.

  3. 3

    Setelah sejuk simpan kek didalam chiller selama satu jam.Simpan sekali loyang.Barulah dikeluarkan dari loyang dan dihidangkan.Boleh juga taburkan snow powder jika suka.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen (3)

nina ramadzan
nina ramadzan @cook_22802710
saya buat merekah pulak atasnya 🤣

Resipi Sepertinya