Lopes Darul takzim

Kalau pulut je.. no worries 🤣🤣 mmg fav i dan aliya, so buat la byk mana pon confirm habis🤭 tu yg x mo buat tu.. 🤣
#merdekapassport
Lopes Darul takzim
Kalau pulut je.. no worries 🤣🤣 mmg fav i dan aliya, so buat la byk mana pon confirm habis🤭 tu yg x mo buat tu.. 🤣
#merdekapassport
Cara Memasak
- 1
Potong daun pisang dan layurkan di atas api
- 2
Cuci pulut dan masak nisbah air 1:1(i guna pressure cooker) letak air pandan ( i tak
Letak) - 3
Bila dah masak (4 minit) masukkan santan yang telah diletakan garam.. stim lg seminit dan letakkan pandan emulco untuk bau dan warna
- 4
Letakkan di atas daun pisan dan gulung, ikat tepi kemas2 dan kukus lagi 2 minit
- 5
Pabila sejuk, Potong dan bentukan bulat dan gaulkn dengn kelapa parut yang telah digaul garam dan bersama air gula melaka(cara : masak gula melaka bersama air serta daun pandan dan biar sehingga larut dan agak pekat)
- 6
Kukus kelapa parut dan kemudian gaul dengan sedikit garam
- 7
Sediakan untuk dihidangkan
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Pulut serunding daging jelapang padi Pulut serunding daging jelapang padi
Pulut kalau makan ngan serunding pon laju jer..i memang suka makan pulut, teringat ingat Serunding pekan rabu dap haihh layan ngn pulut.. so apa lagi shopee kan adaaaa🤣🤣..#merdekapassport YaNa Nye -
Kepek idung @ puteri mandi 🇲🇾 Kepek idung @ puteri mandi 🇲🇾
Untuk resepi yg ke 101 i sharing resepi kuih fav i bertemakan merdeka fuhhhhhh fenat ya makan arini🤣🤣🤣🤣Nak buat kuih ni tak susah pon .. senang yakmat.. nak makan lagi la tak susah ngap je🤣🤣.. dulu tak tau nama kuih ni ape, tanya makcik yg jual tu, makcik apa nama kuih ni? Dengan lorat kelantan: kepek idung... ehhhhh 😜😜😜 ngape namanye gitu😂😂.. sebab hidung hok mancung tu kite pesetkan ... ahh gitu plokkkk .. tp bila buat ahh kite kene tekan supaya dia kemek🤣🤣#merdekapassport#secretchallengemerdeka YaNa Nye -
Pulut lepa ganung Pulut lepa ganung
Pulut lepa atau mudah dikenali pulut panggang adalah kuih fav i , dok di tanah felda yg bercampur gaul dari pelbagai negeri buat i kdg lupa ehh i ni org negeri mana??? Ahahhaha sbb i fasihah kecek kelate ngn teranung.. kedah perak oso can 🤣🤣🤣 oleh kerana cabaran negeri ni .. i nk sgt buat pulut lepa ni ..sedak dooh wei dok sungguh dok kate.. dok caye meh tera.. tapi kalu nok sedak inti ikang tu kene wak diri.. tapi tu la heh ikang payoh lening beli shopee pohh dari teranung settle masaaloh🤣🤣#merdekapassport YaNa Nye -
Pulut mangga Putrajaya Pulut mangga Putrajaya
Pulut dan harum manis sangat terkenal di negeri perlis tapi nak ke sana jauh , jgn risau di putrajaya ade uols ( penanggah court) pernah la pegi sekali dulu dan merasa tp sekarang mana kan dapat walaupon putrajaya x de la jauh mana 🤭🤣#merdekapassport YaNa Nye -
Onde onde brownies Onde onde brownies
Salunya kalau potluck mmg kawan2 ko akan chop ko tuk wat manisan🤭🤣🤣🤣 takpelah i is redhoooo.. so last week i buat ni as potluck untuk makan2 bersama kawan2.. gembira mereka😘 YaNa Nye -
Kuih Lopes Express Kuih Lopes Express
Cikna suka makan kuih melayu tapi xpernah buat. Lopes ni pun 1st time cuba buat 😅Alhamdulillah menjadi tapi cara ekspress la bukan balut dlm daun pisang pastu kukus tu..hahahaJom la cuba buat versi express ni. Sedap jugak 😆#phopbylinimohd #task2 #lopes #kuihlopes #kuihmelayu Erna Hezreen Hamzah -
Kuih Lopes Pandan Kuih Lopes Pandan
#goldenresipi#semangatmerdeka#masakanselangor#masakannegeriSudah tiga minggu suami teringin kuih lopes,selama tiga minggu tu juga saya pekakkan telinga dengar dia memerli saya.Dua hari lepas mama beri sebungkus beras pulut kepada saya untuk dibawa pulang.Wahhhhh anak saya menjerit “pulut kuning!!pulut kuning”Tiba-tiba saya teringat permintaan suami.Tak apalah,separuh akan saya buat lopes yang dia idamkan dan separuh lagi akan saya buat pulut kuning.Tapi entah bila agaknya mood tu akan hadir.Berbalik kepada cerita kuih lopes,saya percaya kita semua pernah makan kuih lopes tak kira dinegeri atau daerah mana anda berada.Mungkin nama atau cara memasak berbeza.Saya lebih gemarkan cara tradisional dimana nikmatnya rasa pandan dan keharuman daun pisang membuatkan saya menelan air liur terdahulu sebelum lopes sampai kedalam mulut.Kebiasaannya orang lain tidak menggunakan santan,tetapi di daerah saya,orang lama(orang tua-tua) akan campurkan sedikit santan untuk menaikan rasa lemak pada beras pulut.Yang penting penggunaan utamanya iaitu daun pandan segar akan memberi keenakkan rasa sebenar kuih lopes.Tentang bentuknya pula,ada yang berbentuk segitiga,petak dan bulat itu bergantung kepada anda sendiri.Bagi saya asalkan rasanya sedap itu lebih penting dari bentuknya.(Sebenarnya saya tak pandai buat bentuk segitiga) 🤦♀️Saya kongsikan resipi dan cara-cara untuk membuatnya supaya anda semua mudah memahami dan bersemangat untuk memasak. Gyna Elenna -
Pulut ayam indera kayangan Pulut ayam indera kayangan
Pernah suatu ketika, jalan2 kat pasar di perlis dan salah satu makanan yang masih lekat kat ingatan ni adalah pulut ayam, walaupon simple je tapi bila makan fuh sedap rupanya sbb tak pernah lg sebelum tu makan pulut dengan ayam so mmg dia punya keinginan nak try tu memuncak la.. so bila beli mmg tak menyesal wei sedap bak hang tu yg kalau makan pulut ngn ayam mmg teringat kat perlis YaNa Nye -
Pulut dakap pisang emas di bawa belayar masak sebiji di atas peti....ha sambung.. Pulut dakap pisang emas di bawa belayar masak sebiji di atas peti....ha sambung..
Pernah makan .. lama dah..tp masih ingat rase die.. lemak2 manis dan wangi daun pisang tu masih melekat di ingatan.. tak pernah buat tp dek cabaran kali ni kite cuba je lah ye.. call mak ty.. jawapan mak mmg ... alah senang je.. tanak pulut tu gaul santan letak pisang.. ish2.... mak niiiii... ahhahahahha so buatlah kuantiti sikit je debo takut x jd.. ehhh jadi sedap plop tu.. tak cukup🤣🤣🤣🤣 YaNa Nye -
Kuih Lopes Kuih Lopes
Fuhh..dah berkurun tak buat kuih lopes ni..last buat tahun 2015. Mulanya saya ikut cara mak mentua saya. Dia tanak beras pulut dengan air daun pandan, kemudian bungkus dengan daun pisang. Lepas tu dia rebus lagi. Tapi kali ni saya ikut cara yang original orang buat, iaitu rendam beras pulut dengan air daun pandan semalam. Kemudian, bungkus dengan daun pisang mentah2, baru di rebus hingga masak. Sedap makan dengan air gula melaka yg pekat2. Kuih lopes ni adalah kuih kegemaran suami saya.. berselera dia makan.. Nor Al Fatihah -
Pulut Sekaya Pulut Sekaya
Suka sangat kuih yang ada pulut ni, favourite giler. Nak pula lapisan atas tu rasa gula melaka atau gula merah lagi suka ya amat. Kalau atasnya pandan ala-ala hijau tak taulah kenapa tak suka sangat. kalau ada depan mata pun tak rasa nak makan. Yang ni confirm habis tiga, empat ketul pun tak cukup. Julia ALeen Aireish -
Tempek pisang darul ridzuan Tempek pisang darul ridzuan
Masa makan kat satu medan selera kat taiping ke kuale ekk lupe dah, ada 1 kedai ni dia jual lempeng ni dia masak depan kedai dia, so dia pon tanya nak berapa tempek pisang .. i cam eh eh apa makcik ni cakap??? Hahahha 2-3 kali i tgk muka dia pastu i pon order la 1 sbb pelik sangat bunyi nama dia kang x sedap naya . Pastu bila sampai laaa lempeng pisang je hahahha tp sedap la , sbb dia bakar dengan daun pisang aroma dia naik betul dan barulah i tau kalau kat perak mengkeme panggil tempek pisang.... fuhhhhh sedap tempek ni..aduhaiiii ade plop ayo kopi aduhhhh.. dah jom buat#merdekapassport YaNa Nye
Lebih Banyak Resipi
Komen