Donut Pandan wangi 💚

Elley ana
Elley ana @dapoputih
Terengganu, Malaysia

Bila tiba hujung minggu, otak pun ligat memikir apa pulak menu yang nak masak untuk jamu suami dan anak-anak kan. Kesukaan anak2 salah satunya ialah donut. Resepi kalini nak share donut pandan gebu gebas 💚

Donut Pandan wangi 💚

Bila tiba hujung minggu, otak pun ligat memikir apa pulak menu yang nak masak untuk jamu suami dan anak-anak kan. Kesukaan anak2 salah satunya ialah donut. Resepi kalini nak share donut pandan gebu gebas 💚

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1jam 30minit
10 orang
  1. bahan a
  2. 1paket yis kering – 11 gram
  3. 2sudu besar susu pekat manis
  4. 2sudu besar gula
  5. 1 cawanair pandan suam
  6. bahan b
  7. 4 cawantepung gandum
  8. 2sudu besar marjerin atau mentega
  9. 1 sudu tehgaram
  10. Minyak untuk menggoreng...& Topping : gula icing
  11. 2 sudu tehbaking powder

Cara Memasak

1jam 30minit
  1. 1

    Bancuhkan semua bahan A. Kemudian, biarkan bancuhan itu hingga berbuih. Kira-kira dalam 10 minit. Oh ya, daun pandan perlulah dikisar ya dan tapis hampasnya. Barulah tuang ke dalam bahan-bahan lain. Sementara itu, sediakan bahan B pula ya.

    Uli seketika bahan-bahan B hingga menjadi sebati. Setelah itu, campurkan air bancuhan kita tadi ke dalam adunan doh donut pandan kita. Tuang sedikit2.. Gaul hingga doh tidak melekat di tangan.

  2. 2

    Tutup doh dan perap selama 1 jam. Ini untuk menghasilkan donut pandan yang gebu dan lembut. Anda tak perlu nak uli teruk-teruk. Cukup sekadar adun hingga bahan semua sekata.

  3. 3

    Selepas 1 jam, tumbuk-tumbukkan doh donut yang telah mengembang tadi untuk mengeluarkan angin. Kemudian, bolehlah canaikan doh kita. Jangan terlalu nipis ya. Lalu, terapkan menggunakan acuan donut. Doh agak lembik ya tapi jangan risau. Teruskan mencanai dan bentukkan saja. Tak perlu tambah tepung gandum.

  4. 4

    Setelah selesai sesi mencanai dan membentuk donut, susun donut di atas talam yang ditaburi tepung gandum. Ini untuk menggelak daripada doh melekat. Lalu, biarkan donut pandan kita rehat lagi selama 15 minit. Setelah itu, anda bolehlah menggoreng dengan api sederhana hingga keperangan.

  5. 5

    Hiaskan donut pandan gebu yang telah digoreng tadi dengan salutan gula. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Anda semua wajib cuba ye 💚💚💚

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Elley ana
Elley ana @dapoputih
pada
Terengganu, Malaysia
Iᗷᑌ 𝓜𝓲𝓠𝓪𝓮𝓵 🤍 𝓜𝓲𝓠𝓪𝓲𝓵𝓪 𝒮ᑌKᗩ ᗰᗩ𝒮ᗩK 👩🏻‍🍳 🥘ᕼOᗷI ᒍᗩᒪᗩᑎ2 ᑕᗩᖇI ᗰᗩKᗩᑎ🍜🍔 𝒮𝐔к𝐀 𝔻𝔼ᑕO 🤍 𝒮ᑎᗩᑭ ᖴOTO 📸𝒮ᑌR𝓲ᗷI𝒮ᑎ𝔼𝒮✨
Baca lagi

Komen (5)

Taurustar
Taurustar @cook_111590196
Saya dah cuba tq!! sedap donut lembut sgt dan xperlu uli.

Resipi Sepertinya