Bom Pisang

Noor Atika Mahamood
Noor Atika Mahamood @atika_mahamood
Muar, Johor

Hasil berbudi pada tanah. Alhamdulillah puas makan pisang. Selagi tak habis pisang kat rumah ni, selagi tu la menu kita bertemakan pisang. Bukan apa, pisang ni kalau di biar memang tak ada siapa nak makan. Tapi bila dah siap dijadikan menu masing-masing berebut nak makan.. ☺️🤭

Bom pisang anti gagal dan tak serap minyak.
Senang je nak buat bom pisang ni. Saya gunakan pisang awak. Selain tu boleh juga gunakan pisang lain. Tak perlu gunakan air untuk membuat adunan ni. Hanya guna bahan-bahan seperti di bawah. Jom tengok...

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15 minit
20 pcs
  1. 6biji pisang = (1 cawan pisang lenyek)
  2. 4 sudu makangula perang (nak guna gula pasir pun boleh)
  3. 1/2 sudu tehgaram
  4. 1 sudu makansusu tepung (membukit)
  5. 1 sudu tehsoda bikarbonat
  6. 1 sudu tehserbuk penaik
  7. 2 cawantepung gandum (letak sikit-sikit dulu)

Cara Memasak

15 minit
  1. 1

    6 biji pisang dilenyekkan akan jadi 1 cawan pisang. Saya guna sukatan cawan seperti di dalam gambar.

  2. 2

    Masukkan pisang yang telah dilenyek ke dalam bekas.

    Masukkan gula, garam dan susu tepung. Sebatikan.

    Akhir sekali masukkan tepung gandum. Masukkan sedikit demi sedikit hingga adunan jadi seperti di dalam gambar.

    Adunan memang agak likat ya.

  3. 3

    Sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan. Kemudian, cubitkan sedikit adunan dan masukkan ke dalam minyak yang panas. Api sederhana sahaja.

  4. 4

    Untuk permulaan saya masukkan 4 biji dulu.

    Paling-palingkan dan goreng sehingga bom pisang masak. Jangan terlalu lama nanti bom jadi hitam sangat. Tak cantik...

  5. 5

    Siap untuk dihidang. Memang sedap sangat bom pisang ni. Rangup diluar, gebu di dalam. Selamat mencuba..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Noor Atika Mahamood
Noor Atika Mahamood @atika_mahamood
pada
Muar, Johor
Make Everyday Cooking Fun 👩🏻‍🍳🥳
Baca lagi

Resipi Sepertinya