Brownies

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Beli coklat dah lama, ingat nak buat kek lapis tapi mood melapis tak sampai-sampai 😅.. Tengok tarikh expired bulan 12 nanti, jadi takut terlupa dari terbuang begitu sahaja maka jadi la brownies.

Brownies

Beli coklat dah lama, ingat nak buat kek lapis tapi mood melapis tak sampai-sampai 😅.. Tengok tarikh expired bulan 12 nanti, jadi takut terlupa dari terbuang begitu sahaja maka jadi la brownies.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A:
  2. 500 gmdark chocolate beryl's
  3. 150 gmunsalted butter
  4. Bahan B:
  5. 4biji telur gred A
  6. 200 gmgula perang
  7. 2 tspesen vanila
  8. Bahan C:
  9. 100 gmtepung naik sendiri

Cara Memasak

  1. 1

    Mula sediakan loyang, lapik kertas baking paper, lebihkan tepi untuk mudah keluarkan
    sepit kertas yang lebih supaya tak terkena brownies. On oven dahulu 15 minit awal, suhu 170 C api atas dan bawah. Kipas OFF.

  2. 2

    Satukan bahan A
    Double boil 3/4 cair sahaja (untuk elak coklat dari over heat). Angkat dan kacau bagi larut semua.

  3. 3

    Satukan pula bahan B
    kacau bagi sebati sahaja (jangan over beat).

  4. 4

    Tuang adunan B dalam aduan A kacau sebati. Ayak bahan C dalam adunan AB. Kaup balik rata (pastikan aduan pekat dan kental).

  5. 5

    Tuang adunan kedalam loyang dan bakar suhu 170 C selama 45 minit. Lepas masak tutup api dan biarkan brownies dalam oven 5 minit - 10 minit baru keluarkan (untuk elakkan kek mendap ditengah).

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Resipi Sepertinya