Brownies Sodap😍

Zaidatul Aribah
Zaidatul Aribah @zaidatul_aribah

Sementara menunggu panggilan untuk sambung belajar, saya berniaga brownies secara kecil-kecilan. Alhamdulillah sepanjang saya berniaga, saya perolehi feedback yang positif daripada para pelanggan saya🤲 Resipi brownies ini saya perolehi daripada seorang blogger merangkap idola saya iaitu, Kak Ita Masam Manis❤️ Terima kasih idolaku kerana sudi share resipi brownies yang sedap ini. Brownies ini juga kegemaran family saya, kalau buat tu tak sampai sehari dah licin hihi memang berhantu betulll🤭

Brownies Sodap😍

Sementara menunggu panggilan untuk sambung belajar, saya berniaga brownies secara kecil-kecilan. Alhamdulillah sepanjang saya berniaga, saya perolehi feedback yang positif daripada para pelanggan saya🤲 Resipi brownies ini saya perolehi daripada seorang blogger merangkap idola saya iaitu, Kak Ita Masam Manis❤️ Terima kasih idolaku kerana sudi share resipi brownies yang sedap ini. Brownies ini juga kegemaran family saya, kalau buat tu tak sampai sehari dah licin hihi memang berhantu betulll🤭

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
48 pcs
  1. 400 gramdark chocolate (saya guna brand Beryl's"
  2. 150 gramunsalted butter (dibiar pada suhu bilik)
  3. 100 gramgula perang
  4. 100 gramgula kastor
  5. 100 gramtepung naik sendiri
  6. 30 gramserbuk koko (guna yang premium lg bagus)
  7. 4biji telur gred A
  8. 1sudu kecil esen vanila
  9. Topping
  10. Colatta topping dark choc (beli kat bakery)

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Mula² double boilkan dark choc dan butter.

  2. 2

    Sementara tunggu choc cair, ayakkan tepung naik sendiri dan serbuk koko.

  3. 3

    Dalam bekas lain pula, masukkan gula perang, gula kastor, telur dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk, kacau sekadar telur kuning pecah. Takyah kacau sampai gula hancur tau❗

  4. 4

    Okayyy jangan lupa choc kita tadi ya! Bila choc dah cair, dengan pantas masukkan adunan telur ke dalam choc yang telah dicairkan. Masukkan sikit demi sedikit dan gaul hingga sebati. Kemudian, masukkan tepung pula sikit demi sedikit (saya buat 3 round). Kaup balik hingga adunan sebati dan tidak berketul.‼️Pastikan choc betul² cair ye dan tidak berketul ‼️

  5. 5

    Bila adunan dah cantik, pekat dan berkilat camni dah ready tuangkan dalam loyang. Guna loyang 10 inci yang disapu butter dan dilapik dengan baking paper. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan hentakkan loyang bagi menghilangkan gelembung udara dalam adunan. Okay part ni pulak boleh ikut kreativiti korang nak letak apa pun boleh, saya letak almond flakes yang telah dibakar/disangai sebentar.

  6. 6

    Bakar pada suhu 160°C selama 40 minit atau sehingga masak. Bila dah masak, tutup suis oven dan biarkan brownies dalam oven selama 15 minit dengan keadaan pintu oven sedikit terbuka supaya brownies kita kedut. Selepas 15 minit, keluarkan brownies dari oven dan biarkan ia sejuk. Kemudian bolehla potong. Saya potong kepada 48 pcs (8×8). Then, bolehla decorate ikut kreativiti korang. Saya drizzlekan choc je🤭

  7. 7

    Yeayy dah siap dah brownies kitaa👏💕 Terliur tak hihi🤭 Selamat mencuba!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zaidatul Aribah
Zaidatul Aribah @zaidatul_aribah
pada
Cooking is my passion 💜
Baca lagi

Komen (3)

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Wow nampak menarik brownise..TERBAIK👍😍😋

Resipi Sepertinya