Goreng pisang tanduk #Umie

Dr. Zie Azizah
Dr. Zie Azizah @Kota_Bharu_Kelantan
Kota Bharu

Pisang tanduk jarang dijual. Rasanya lebih manis daripada pisang nangka dan saiznya yang lebih besar menjadikan goreng pisang tanduk berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Goreng pisang tanduk #Umie

Pisang tanduk jarang dijual. Rasanya lebih manis daripada pisang nangka dan saiznya yang lebih besar menjadikan goreng pisang tanduk berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
6 orang
  1. 1biji pisang tanduk
  2. 3 kepingasam gelugur
  3. Minyak untuk menggoreng
  4. Bahan A
  5. 2sb tepung goreng pisang adabi
  6. 1sb tepung gandum
  7. 1/2sb tepung jagung
  8. 1/2sb tepung kek
  9. 1/2sk garam
  10. 1sk gula
  11. 1/4st serbuk kunyit
  12. Air secukupnya

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Bancuh kesemua bahan A, pastikan tidak terlalu cair.

  2. 2

    Potong pisang secara serong. Masukkan ke dalam batter A.

  3. 3

    Panaskan kuali, dengan minyak yang sederhana banyak. Apabila telah panas, masukkan sekeping asam gelugur bagi mengelak minyak daripada terlalu menyerap ke dalam pisang.
    Kemudian goreng pisang tadi sehingga garing. Angkat dan sejatkan minyak menggunakan tisu makanan.

  4. 4

    Ulangi proses yang sama sehingga selesai. Bersedia untuk dihidangkan semasa masih panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dr. Zie Azizah
Dr. Zie Azizah @Kota_Bharu_Kelantan
pada
Kota Bharu
Memasak dari hati. Menghidang dengan kasih sayang. Makan dengan kesyukuran. Berkongsi dengan ilmu.Bersedekah dengan ikhlas. Alhamdulillah.
Baca lagi

Komen

mamy_kitchen89
mamy_kitchen89 @Mamy_Nurul
gu plak dengan tea o ais uittt🤤👍

Resipi Sepertinya