Sup Ayam

Jasmine Jaquelina
Jasmine Jaquelina @jasmine_jaquelina
Perak,Teluk Intan

So Harini, saya masak sup ayam untuk adik saya yang tak berapa sihat. Alhamdulillah resepi ni senang and ringkas je. Ibu saya ajarkan resepi ni sejak saya berusia 13 tahun. Masa kecik², saya suka sangat makan nasi panas dan sup ayam ni. Alahai, berselera sangat masa tu..🤤

Sup Ayam

6 orang bercadang membuatnya

So Harini, saya masak sup ayam untuk adik saya yang tak berapa sihat. Alhamdulillah resepi ni senang and ringkas je. Ibu saya ajarkan resepi ni sejak saya berusia 13 tahun. Masa kecik², saya suka sangat makan nasi panas dan sup ayam ni. Alahai, berselera sangat masa tu..🤤

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
5 orang
  1. Ayam seekor
  2. Bawang merah sebiji
  3. 5 ulasBawang putih
  4. Halia 2 inci
  5. 2 sudu makanSerbuk kunyit
  6. Garam
  7. Maggi cukup rasa
  8. Kiub pati ayam
  9. Sup bunjut Adabi
  10. Serbuk lada putih/lada sulah
  11. Air panas(terpulang nak banyak mana)

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Bersihkan dan basuh ayam seperti biasa

  2. 2

    Garam dan kunyit kan ayam

  3. 3

    Hiris bawang merah, bawang putih, halia halus²

  4. 4

    Kemudian sediakan periuk dan panaskan minyak di dalamnya

  5. 5

    Tumiskan bawang merah, bawang putih, dan halia yang dihiris tadi.

  6. 6

    Masukkan seketul kiub pati ayam, garam sedikit dan dua sudu teh Maggi Cukup Rasa

  7. 7

    Kacau sehingga sebati dan tunggu sehingga sedikit garing

  8. 8

    Masukkan ayam yang sudah digaram kunyit tadi

  9. 9

    Kacau lagi sehingga ayam sedikit garing

  10. 10

    Kemudian, masukkan air panas dan perlahankan api.

  11. 11

    Tunggu sehingga mendidih dan pastikan daging ayam sudah empuk

  12. 12

    (Anda boleh tambahkan daun sup jika mahu)🤗

  13. 13

    Akhir sekali, tutup api dan hidangkan ke dalam mangkuk yang sesuai

  14. 14

    Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba😋👏🏻👏🏻

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Jasmine Jaquelina
Jasmine Jaquelina @jasmine_jaquelina
pada
Perak,Teluk Intan
Pelajar,20 Tahun
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya