Wadai Kepeng

Wadai Kepeng..dessert untuk berbuka puasa ganti saya hari ni..tetiba teringin sebab dah lama tak buat.. Wadai Kepeng bermaksud Wadai (Kuih), manakala Kepeng (benda yang di tekan) ini merupakan dessert orang Banjar. Ia di buat dari tepung pulut, di jadikan doh & di gentel bulat, kemudian di tekan dengan ibu jari menjadi sedikit leper. Selepas tu, ia di rebus & di makan bersama kuah santan. Rasanya sedikit liat, lembut & lemak manis..sedap di makan suam2 atau sejuk2 dari peti ais.. Alhamdulillah..suami cakap sedap sangat.. bertambah2 makan..anak2 saya pun suka makan..

Cara Memasak
- 1
Doh Pulut 👉 Satukan tepung pulut, tepung gandum & garam. Tuang air sedikit demi sedikit..
- 2
Gaul dengan tangan hingga menjadi doh yang agak lembut & boleh di gentel. Dohnya macam buat onde2/buah melaka tu..
- 3
Ambil sedikit doh, gentel bulat..kemudian tekan sedikit dengan ibu jari. Saya dapat 80 biji, bergantung pada saiz jugak ye..
- 4
Kuah Santan 👉 Didihkan air di dalam periuk & masukkan doh pulut. Biarkan masak, bila ia timbul di permukaan air, bermakna ia sudah masak
- 5
Toskan & rendam di dlm air sejuk supaya doh tak melekat antara satu sama lain
- 6
Panaskan santan. Kemudian, masukkan gula melaka, gula pasir, garam & daun pandan
- 7
Kacau sentiasa supaya santan tak pecah. Biarkan mendidih baru masukkan doh pulut. Kacau dalam 5-10 minit hingga sebati
- 8
Sedia di hidangkan suam2 atau sejuk dari peti ais..
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (5)