Bunga Telang Kering

Sebelum ni saya geram tengok bunga telang jiran depan rumah banyak sungguh bunga telang nya bergantung di tepi pagar rumah nya. Macam tak terusik je, ke memang tanam untuk suka-suka je? Nak minta, segan pula sebab jiran saya ni berbangsa cina, jarang tengok dia keluar rumah. Kalau ada pun sewaktu nak pergi dan balik kerja je. Tak nak la ganggu. Akhir nya saya dapat biji benih bunga telang dari mak saya (adik mak bagi). Saya tanam tiga biji. Yang menjadi mengeluarkan bunga cuma sepokok je, sepokok lagi baru nak belajar mengeluarkan bunga dan yang sepokok lagi tu sejak cik suami saya alihkan pasu nya, “dia” seakan merajuk dan macam hidup segan mati tak mahu pulak. Sebelum ni memang tak tahu pun bunga telang ni boleh dikeringkan hingga lah tengok di CP ada rakan yang muatnaik cara buat bunga telang kering.
Cc : @Uchu
Bunga Telang Kering
Sebelum ni saya geram tengok bunga telang jiran depan rumah banyak sungguh bunga telang nya bergantung di tepi pagar rumah nya. Macam tak terusik je, ke memang tanam untuk suka-suka je? Nak minta, segan pula sebab jiran saya ni berbangsa cina, jarang tengok dia keluar rumah. Kalau ada pun sewaktu nak pergi dan balik kerja je. Tak nak la ganggu. Akhir nya saya dapat biji benih bunga telang dari mak saya (adik mak bagi). Saya tanam tiga biji. Yang menjadi mengeluarkan bunga cuma sepokok je, sepokok lagi baru nak belajar mengeluarkan bunga dan yang sepokok lagi tu sejak cik suami saya alihkan pasu nya, “dia” seakan merajuk dan macam hidup segan mati tak mahu pulak. Sebelum ni memang tak tahu pun bunga telang ni boleh dikeringkan hingga lah tengok di CP ada rakan yang muatnaik cara buat bunga telang kering.
Cc : @Uchu
Cara Memasak
- 1
Bilas bunga telang dan toskan. Susun bunga satu lapisan sahaja di atas loyang. Keringkan dalam oven pada suhu 100’c - 120’c selama 2 - 3 jam. Off oven, dan biarkan bunga menyejuk di dalam oven. Boleh tambah masa mengering jika warnanya masih utuh. (100’c - 3 jam)
Balik-balikkan bunga dalam separuh masa mengering jika ingat. 😁 Kalau nak jemur di bawah cahaya matahari pun boleh. Jemurlah sampai kering 2-3 hari. - 2
Saya memilih untuk menjemur di bawah sinaran matahari di tepi tingkap rumah sahaja. Biarkan sejuk dan boleh la disimpan di dalan bekas kedap udara.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Air Bunga Telang Pudina Air Bunga Telang Pudina
Masak Apa Untuk 1?Hakak buat air bunga telang dengan campuran daun pudina.Sedap dan segar rasanya.Hakak je yang minum jadi hakak buat segelas je lah... Bunga telang banyak manfaatnya.Sangat baik untuk kesihatan.Aritu balik kampung mertua ada tanam bunga telang ni..Hakak petiklah sikit bunga telang bawa balik. Q'leenalee's Kitchen -
👩🍳Lemonade Bunga Telang 👩🍳Lemonade Bunga Telang
Lama betul tak minum air bunga telang. Stok bunga telang kering pun sangat banyak tersimpan. Mungkin kerana banyak sangat pilihan minuman teh yang dikatakan berkhasiat. Semua nak dicuba..🤗Pagi ni nampak pokok bunga telang dibelakang dapur mula mengeluarkan bunga segar. Terus petik dan pagi ini memang nak minum teh bunga telang yang banyak khasiatnya.Resipi mudah pernah share sebelum ini. Hanya sedikit perubahan resipi dengan gantian gula kepada Lakanto, pemanis zero kalori.#pejuang2KResipi1963/2K110/2024 Mahadiah -
Air Bunga Telang Air Bunga Telang
#bonusair#goldenapronSemalam buat nasi kerabu, guna bunga telang. Hari ni buat air pulak. Tengahari buta cari bunga telang dan daun pandan. Dapat beberapa kuntum je. Nasib baik jiran sebelah tak nampak. Biasa dia rajin tanya kita masak apa. Yelah..kita kan rajin masak😜.Jom kita lihat resepi air bunga telang. Sesuai sangat minum dikala panas terik ni. Dapat menyegarkan badan. Sarmila Sharif -
Sirap Bunga Telang Sirap Bunga Telang
Segar betul lah minum sirap sejuk di tengahari yg panas lain macam ni . Bubuh pulak dengan sekuntum bunga telang segar mak mentua.Nak bubuh berkuntum2 pun tak mengapa, sebab bunga telang ni banyak kebaikan tau. Banyak manfaat utk tubuh badan kita . Kalau nak tahu boleh gugel manfaat bunga telang ya. aFun ashriati -
Bawang Merah Kisar Bawang Merah Kisar
Bawang merah ni sedekah daripada adik ipar saya kerana terlalu banyak bawang yang dikupas sewaktu mengadakan kenduri arwah bapa mertua saya di rumah nya. Dia seorang wanita yang berkerjaya dan masa beliau sangat sibuk dan terhad. Jarang memasak kecuali hujung minggu dan hari cuti sahaja, jadi dia sedekahkan sahaja bawang tu kepada kami yang ada di rumah nya ketika itu. Selalu nya saya akan kisar bawang merah/bawang/bawang holland/bawang putih dengan sedikit air dan garam sahaja. Lama-kelamaan bawang kisar saya menjadi lebih berair dan bau dan rasa nya kurang enak. Terima kasih @dapurdee atas perkongsian tips yang sangat berguna walaupun nampak macam biasa-biasa je tetapi ianya sangat lah membantu kepada cookpaders yang tak pernah tahu pun tips seperti ini. Dapur Yusfarisyia -
Panna Cotta Blueberry & Bunga Telang Panna Cotta Blueberry & Bunga Telang
#GlobalApron2024#Biru#BlueberryBungatelangSempena challenge Cookpad Merdeka Month bertemakan warna biru, saya buat Panna Cotta Blueberry & Bunga Telang. Kebetulan bunga telang kering ada lagi yg saya beli beberapa bulan lepas.. Blueberry pun senang nak dapat di kedai jual buah berhampiran rumah saya.. Sebelum ni saya pernah buat panna cotta mangga & strawberry, yg blueberry campur bunga telang pun sedap.. teksturnya goyang2 gedik2 gitu..sedap di makan sejuk2 dari peti ais.. Nor Al Fatihah -
Buah Melaka Bunga Telang Buah Melaka Bunga Telang
#bazaarramadan #goldenapron2020 Ramadan-12: Sukanya tengok doh colour baby blue ala-ala character dalam The Smurfs tu 💙.Harini, saya buat kuih yang simple lagi. Buah Melaka je. Tapi, saya gantikan penggunaan jus pandan dengan air rebusan bunga telang.Bunga telang ni, kalau selalu dikutip, rajinlah dia nak berbunga. Kalau dibiarkan saja, bunga mengering, keluar kekacang & daun pun gugur. Saya selalu kutip 2-3 hari sekali & keringkan. Mudah bila nak guna 😊.Saya rebuskan bunga telang ni dengan sehelai daun pandan supaya lebih wangi. Maklumlah, bunga telang ni tak ada bau & rasa air rebusannya agak 'earthy'. Lepas dah rebus, buah Melaka ni kena terus digaulkan dengan kelapa parut. Kalau tidak nanti dia melekat antara satu sama lain. Kelapa tu pulak, kalau boleh kukuslah dulu. Barulah tak mudah basi. Tapi, kalau kuih ni dibuat lewat petang & makan pun sekali hadap je, tak perlu kukus pun tak apa 😊.#shikinsaerahrecipe #cookbyshikinsaerah Noor Ashikin Saerah -
Air Rebusan Bunga Telang Air Rebusan Bunga Telang
Macamana nak buat air bunga telang?Senang ja..Jom tengok caranya.. Norashikin Rahmat -
Roti bunga telang Roti bunga telang
Banyak bunga telang kat rumah ke tu tak tahu Nak buat ape.. jom buat roti. Be Kreatif 🤩#GGB_Cookpad Fatin Nur Izzah -
Tips Halia Tahan Lebih Lama Tips Halia Tahan Lebih Lama
#kitajagakita#soalan2Dua tips mudah yang saya selalu buat dan nak dikongsikan.Halia ni mudah je nak jaga untuk bagi tahan lama. Kalau tak kena caranya, halia akan mudah kecut dan rosak.Macam saya ni, sangat jarang guna halia, tapi sekali beli tak boleh beli sedikit. Pasaraya dah packing siap2 dalam plastik.So dengan tips ni dapatlah bantu saya simpan halia lebih lama. Sebulan lebih pun halia yang saya simpan masih segar macam baru beli.Kepada yang belom tahu, bolehlah mencubanya. Zarns Dir -
Soda Lemon Bunga Telang Soda Lemon Bunga Telang
#1stSodaLemonBungaTelang #cooksnap daripada resipi Cookpader @Mizzanem Memang sedap sangat pada saya rasa nya. Asyik nak buat lagi dan lagi tetapi kena tunggu bunga telang banyak dulu. Dapur Yusfarisyia -
Bunga Telang Kering Bunga Telang Kering
Rahsia Bahan Kekal Awet Muda (Preservation)#CookEveryPart2#WorldFoodDayBunga Telang sangat menarik digunakan sebagai pewarna makanan. Oleh kerana bunga ini tidak mempengaruhi rasa makanan, ia senang digunakan hanya untuk mendapat warna ungu kebiruan yang sangat cantik.Ramai menggunakannya dalam minuman dimana bunga ini direndam didalam air panas. Bukan sahaja memberi warna, bunga ini juga ada khasiatnya tersendiri.Selalunya bunga ini berbunga dengan banyaknya. Kita petik dan keringkan selama beberapa hari ditengah matahari yang terik. Hasilnya bunga kering tahan lebih lama dan boleh digunakan bila2 masa bila perlu.Bunga kering disimpan dalam bekas kering yang bertutup. boleh simpan disuhu bilik sahaja.Ambil 10 kuntum lebih untuk mendapat hasil warna yang lebih kuat; samaada untuk pewarnaan makanan ataupun minuman. Rendam didalam air panas beberapa minit sehingga semua warna keluar daripada bunga. Mahadiah
Lebih Banyak Resipi
Komen