Panna Cotta Blueberry & Bunga Telang

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

#GlobalApron2024
#Biru
#BlueberryBungatelang
Sempena challenge Cookpad Merdeka Month bertemakan warna biru, saya buat Panna Cotta Blueberry & Bunga Telang. Kebetulan bunga telang kering ada lagi yg saya beli beberapa bulan lepas.. Blueberry pun senang nak dapat di kedai jual buah berhampiran rumah saya.. Sebelum ni saya pernah buat panna cotta mangga & strawberry, yg blueberry campur bunga telang pun sedap.. teksturnya goyang2 gedik2 gitu..sedap di makan sejuk2 dari peti ais..

Panna Cotta Blueberry & Bunga Telang

#GlobalApron2024
#Biru
#BlueberryBungatelang
Sempena challenge Cookpad Merdeka Month bertemakan warna biru, saya buat Panna Cotta Blueberry & Bunga Telang. Kebetulan bunga telang kering ada lagi yg saya beli beberapa bulan lepas.. Blueberry pun senang nak dapat di kedai jual buah berhampiran rumah saya.. Sebelum ni saya pernah buat panna cotta mangga & strawberry, yg blueberry campur bunga telang pun sedap.. teksturnya goyang2 gedik2 gitu..sedap di makan sejuk2 dari peti ais..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Lapisan Blueberry
  2. 40 bijiblueberry
  3. 200 mldairy whipping cream
  4. 200 mlx 2 (400ml) susu full cream
  5. 3/4 cawangula pasir
  6. 1 1/2 sudu besargelatin
  7. 1/4 cawanair panas
  8. Pewarna unggu
  9. Lapisan Bunga Telang
  10. 20 kuntumbunga telang
  11. 3 cawanair
  12. 1 sudu tehbiji selasih -di rendam di dlm air hingga kembang
  13. 1 1/2 sudu tehgelatin
  14. 1/4 cawanair panas

Cara Memasak

  1. 1

    Lapisan Blueberry 👉 Blend blueberry hingga halus

  2. 2

    Campur gelatin dengan air panas. Kacau & biarkan ia larut

  3. 3

    Di dlm periuk, satukan whipping cream, susu full krim, puri blueberry

  4. 4

    Campur gula & pewarna unggu sekali. Kacau di atas api hingga naik wap saja. Tutup api & tapiskan. Saya tekan2 pati blueberry yg tak lepas dari penapis dengan sudu & campur dalam adunan

  5. 5

    Campur gelatin & kacau sebati. Tuang adunan 1/2 acuan. Saya sengetkan acuan supaya bentuknya akan jadi lebih cantik. Sejukkan di dlm peti ais 3-4 jam atau hingga pejal/set

  6. 6

    Lapisan Bunga Telang 👉 Campur gelatin dengan air panas. Kacau & biarkan larut

  7. 7

    Di dlm periuk, masukkan air, bunga telang & gula. Kacau hingga warna biru bunga telang bercampur dengan air

  8. 8

    Tutup api. Campur gelatin & sebatikan. Biarkan suam sekejap

  9. 9

    Letak 1/2 sudu teh biji selasih yg telah kembang di atas lapisan pertama tadi. Akhir sekali, tuang adunan bunga telang. Sejukkan di dlm peti ais selama 4-5 jam atau hingga pejal/set

  10. 10

    Hidangkan sejuk2 dari peti ais

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Resipi Sepertinya