Sambal Tumis Ikan Bilis

Noor Atika Mahamood
Noor Atika Mahamood @atika_mahamood
Muar, Johor

Sambal tumis saya tidak menggunakan bawang putih. Tidak juga menggunakan ikan bilis yang digoreng terlebih dahulu. Perlu cukup/seimbang rasa pedas, masam, manis dan masinnya.

Lada kering harus dicuci bersih, direbus dan dicuci semula sebelum dikisar. Untuk mendapatkan warna sambal tumis yang cantik, semasa menumis/memasak sambal, jangan gunakan api yang besar. Biarkan sambal masak dengan api yang kecil/sedang-sedang agar proses memasaknya sekata dan sambal akan bertahan lama (tak mudah basi) Ianya juga perlu dimasak lama, agar sambal betul-betul masak (takde lah sakit perut nanti kan)

Masukkan gula dan air asam jawa pada awal masakan (selepas pecah minyak) juga boleh menjadikan warna sambal cantik.

Sambal tumis ikan bilis ni sesuai dimakan bersama nasi lemak, lempeng kosong, jemput-jemput, mee siput, keropok ikan dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing.

Sambal Tumis Ikan Bilis

30 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan Kisar
  2. 1 bijibawang besar
  3. 5 bijibawang merah
  4. 1 incibelacan
  5. Sejemputikan bilis
  6. 1 mangkukkecil lada kering (siap rebus)
  7. Bahan Lain
  8. Segengam ikan bilis (siap cuci)
  9. Secukupnyaair asam jawa
  10. Secukupnyagula
  11. Secukupnyagaram dan perasa
  12. Hirisanbawang besar

Cara Memasak

  1. 1

    Kisarkan bahan-bahan hingga lumat. Tumis hingga pecah minyak.

    Masukkan gula secukup rasa.

    ** Saya memang suka letak gula dulu sebab nak bagi warna sambal cantik**

    Masukkan air asam jawa.

  2. 2

    Masak sambal hingga betul-betul masak. Api jangan besar. Biar sambal masak dengan api sedang-sedang. Saya masak lebih kurang 45-50 minit. Sambal akan tahan jika dimasak dengan betul.

    **Jika perlu tambahkan sedikit air**

    Masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar. Masak lagi hingga bawang layu. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.

    Siap untuk dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Noor Atika Mahamood
Noor Atika Mahamood @atika_mahamood
pada
Muar, Johor
Make Everyday Cooking Fun 👩🏻‍🍳🥳
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya